TERKINI! Semakan Status BKC (Bantuan Khas Covid-19) Telah Dibuka!


Perhatian kepada semua penerima BKC, kini anda sudah boleh membuat kemaskini akaun bank bagi yang tiada maklumat dan berstatus gagal kredit untuk mempermudah dan mempercepat proses pembayaran pada fasa yang akan datang.

Hal ini telah dimaklumkan melalui laman sosial rasmi Facebook Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

TARIKH KEMASKINI

Pengemeskinian akaun bagi penerima BKC telah mula dibuka pada 7 Oktober 2021 sehingga 21 Oktober 2021.

SIAPAKAH YANG PERLU MENGEMASKINI?

Mereka yang perlu mengemaskini adalah mereka yang mempunyai status seperti yang tertera:
  • Tiada maklumat tentang akaun bank.
  • Mempunyai status yang gagal kredit.
SEMAKAN BAGI STATUS BKC

Sebelum anda membuat pengemaskinian akaun bank anda, anda boleh menyemak terlebih dahulu status BKC untuk memastikan maklumat mengenai akaun anda lengkap atau perlu dikemaskini kerana Tiada Maklumat Akaun atau Gagal Kredit.
Berikut merupakan cara untuk membuat semakan Status BKC:
  1. Anda perlu membuka laman web BKC https://bkc.hasil.gov.my/SemakanStatusBKC.aspx?
  2. Kemudian, log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang telah ditetapkan.
  3. Rujuk bahagian menu semakan untuk melihat status pembayaran.
ANDA MUNGKIN BERMINAT DENGAN ARTIKEL INI
CARA MEMBUAT KEMASKINI AKAUN BANK BKC

Berikut merupakan langkah untuk membuat pengemaskinian akaun bank anda. Kemaskini akaun boleh dibuat secara atas talian ataupun secara manual.
Langkah untuk membuat kemaskini secara online:
  1. Anda perlu membuka laman web BKC di  https://bkc.hasil.gov.my/SemakanStatusBKC.aspx?
  2. Kemudian, loh masuk menggunakan ID dan kata laluan akaun anda yang telah ditetapkan.
  3. Tekan butang Kemaskini Maklumat Bank untuk membuat kemaskini.
MAKLUMAT LANJUT

Maklumat yang terperinci berkaitan BKC, anda boleh merujuk di laman web ini, atau anda boleh hubungi talian 1 800 88 2747.




Post a Comment

0 Comments