Cara Membuat Pendaftaran i-Suri KWSP Untuk Suri Rumah & Terima Insentif RM480 Setahun


PANDUAN MEMBUAT PENDAFTARAN I-SURI KWSP UNTUK SURI RUMAH

Pendaftaran i-Suri KWSP ini adalah salah satu langkah inisiatif kerajaan Malaysia bagi pengiktirafan kepada golongan suri rumah bagi peranan dan perjuangan mereka sebagai suri rumah.

SYARAT KELAYAKAN PENDAFTARAN I-SURI KWSP

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan sebelum memohon i-Suri KWSP :
  • Warganegara Malaysia.
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019.
  • Belum mencapai umur 60 tahun.
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR).
SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK MENCARUM
  • Diri sendiri (isteri)
  • Suami kepada pasangan yang layak
MAKLUMAN : Kepada suri rumah yang ingin mendaftar, anda dibenarkan untuk memilih satu insentif sahaja dalam satu masa. Sebagai contoh, jika anda suda mendaftar Insentif Persaraan (i-Saraan). Anda perlu membatalkan dahulu sebelum memohon i-Suri KWSP.

HAD KADAR BAYARAN 
  • Minimum (RM sahaja): Tiada had
  • Maksimum (RM sahaja): RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)


CARA UNTUK MENDAFTAR I-SURI KWSP

Untuk melakukan pendaftaran, anda boleh hadir ke mana-mana cawangan KWSP yang berdekatan dengan membawa Mykad beserta dua borang permohonan seperti berikut 

i-Suri : KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
i-Suri : KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran)

Pembayaran Caruman

a. Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP.
b. Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP (MBB, PBB, RHB dan BSN)
c. Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik MBB dan PBB

Bagi maklumat lanjut tentang i-Suri KWSP, sila layari laman web rasmi KWSP.

Post a Comment

4 Comments