LHDN : Cara Membuat Permohonan Geran Khas Prihatin (GKP) RM3000 Untuk PKS


YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Aziz menyatakan bahawa permohonan Geran Khas PRIHATIN khusus untuk perniagaan mikro akan dibuka mulai 1 Mei 2020 dan diuruskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Perniagaan mikro yang layak akan mendapat RM3,000 setiap seorang/ syarikat. Bantuan ini akan memanfaatkan hampir 700,000 PKS Mikro di seluruh Malaysia.

Selain daripada Geran Khas PRIHATIN, kerajaan turut mengumumkan Program Subsidi Upah PERKESO dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.



PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN RM3000 UNTUK PKS MULAI 1 MEI 2020

Berikut yang dikongsikan merujuk kepada maklumat tentang Geran Khas PRIHATIN termasuk tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan : Mulai 1 Mei 2020

APA ITU GERAN KHAS PRIHATIN?


Geran Khas PRIHATIN (GKP) adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19.

SYARAT KELAYAKAN GERAN KHAS PRIHATIN

Antara syarat-syarat kelayakan Geran Khas PRIHATIN adalah seperti berikut :

1. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia.

2. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:

  • Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
  • Jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik;
3. Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019.

4. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

5. Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia.



KADAR NILAI GERAN KHAS PRIHATIN

Jumlah nilai Geran Khas PRIHATIN adalah RM3,000 yang akan dibayar secara one-off.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN BAHARU GERAN KHAS PRIHATIN (GKP)

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP https://gkp.hasil.gov.my yang disediakan oleh LHDNM. Permohonan secara manual tidak akan diterima. Permohonan Geran Khas PRIHATIN dibuka mulai 1 Mei 2020 hingga 15 Mei 2020.

Laman Utama Sistem Geran Khas Prihatin (GKP)

PERMOHONAN BAHARU GERAN KHAS PRIHATIN (GKP)

  1. Klik Butang Geran Khas Prihatin (GKP) seperti dipaparan
  2. Masukkan No. Kad Pengenalan/MyKad 12 Digit (cth: 721025105313) yang telah didaftarkan dan klik butang ‘search’.
  3. Klik butang Permohonan Baharu untuk membuat permohon.
  4. Untuk Makluman Pemohon, Maklumat seperti Nama dan NoKP adalah berdasarkan Data Agensi yang diterima. Satu mesej pemberitahuan akan dipaparkan. Sila tekan OK.
  5. Isi Maklumat Diri ,Maklumat Pasangan (jika berkenaan) dan Maklumat Perniagaan dengan tepat.
  6. Klik Butang ‘Teruskan’ setelah memasukkan semua maklumat dengan tepat.
  7. Pengesahan Captcha – Isi Captcha dengan betul dan klik pada butang Sahkan Captcha.
  8. Akuan Pengesahan, pemohon hendaklah menandakan di ruang berkenaan sekiranya bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
  9. Setelah Permohonan Berjaya dihantar pemohon boleh untuk mendaftar pemohon diberi pilihan untuk mendaftar akaun bagi tujuan Log Masuk. Jika tidak Pemohon boleh memilih untuk Butang Tidak
KLIK UNTUK DOWNLOAD PANDUAN PENGGUNA

CARA SEMAKAN STATUS GERAN KHAS PRIHATIN
Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan bermula pada minggu pertama Jun 2020. Pemohon perlu membuka akaun di dalam web Geran Khas Prihatin di secara dalam talian melalui Portal GKP https://gkp.hasil.gov.my yang disediakan oleh LHDNM.

Daftar Akaun di Laman Utama Sistem Geran Khas Prihatin (GKP) Untuk Semakan Kelulusan

PENDAFTARAN AKAUN GKP

  1. Pemohon yang ingin mendaftar Akaun dikehendaki mendaftar Frasa Keselamatan dan Pilih 5 (Lima) pilihan soalan keselamatan berserta jawapan anda. *Format frasa keselamatan adalah: Hanya huruf dan nombor sahaja dan Aksara khas / Simbol tidak dibenarkan
  2. Paparan jawapan bagi pilihan soalan yang telah dijawab akan dipaparkan. Klik butang teruskan atau Kembali jika ingin mengubah jawapan.
  3. Kata Laluan juga perlu didaftarkan bagi urusan Log Masuk. Kekuatan Kata Laluan ditentukan oleh warna. Kata Laluan yang Bagus dan unik adalah berwarna Hijau.
  4. Selesai Pendaftaran Akaun, Pemohon boleh klik Butang Log Masuk untuk Log Masuk menggunakan kata Laluan yang didaftarkan dan membuat semakan borang permohonan yang didaftarkan.
KLIK UNTUK DOWNLOAD PANDUAN PENGGUNA

CARA BAYARAN GERAN KHAS PRIHATIN

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak. Akaun bank mestilah aktif.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Geran Khas PRIHATIN dengan melayari portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my atau klik pada pautan soalan lazim (FAQ) GKP di http://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQ_GKP_1.pdf.



Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri

Post a Comment

88 Comments

  1. Macam mana kalau SSM belum diperbaharui? Adakah layak memohon bantuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perbaharui secara online dahulu

      Delete
    2. Sya nk tukar akaun bank mcm.mna yaaa sbb letak yg perniagaan pnya nk ganti dengan persendirian pnya x pandai

      Delete
  2. Sy dah lebih 3 kali salah soalan keselamat tk boleh masuk web lhdn lgi ke

    ReplyDelete
  3. Dr td duk tekan nombor ic.. Borang xkluar2 pun... Tekan ic kluar permohonan baru, click kt permohonan baru kluar lg ruangan ic.. Msuk ic kluar plak permohonan baru.. Begitu la sampai skrng ni

    ReplyDelete
  4. No cukai pendpatan tu mcm mn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak ada tinggalkn,sbb awk berniaga tak reguster LHDN kn? Jd belom ade no income tax..but now awk akn automatic register dgn LHDN once awk apply geran khas ni..

      Delete
  5. kalau sijil nombor lesen perniagaan MPSP hilang macamna ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak nak isi dekat nom lesen perniagaan ye? Sy pun keliru this part..sama ada lesen perniagaan atau lesen premis perniagaan..sbb dia bnda tu berbeza..diikutkn penjaja mikro hanya ade gerai..lesen berniaga sahaja bukan lesen premis..jd awk faham apa mksud sy kn?

      Delete
  6. klu perniaga kcil yg berniaga scara kcil2an dpan ruma tp tiada lesen perniagaan bole dftar x.. atau mst ada lesen bru layak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Die request lesen perniagaan rasanya bukan lesen premis perniagaa

      Delete
    2. I think you layak..sbb ikutkn dlm borang tu..lesen perniagaan dia mintak i pun keliru at first tp kalau difikirkan mak cik gireng pisang takde kedai just stall..so lesen perniagaam je die ade..lesen premis perniagaan tak da.betul tak? I oun actualy keliru that part

      Delete
  7. Dah byk Kali klik x Ada pun borang

    ReplyDelete
  8. Tak boleh masuk untuk memohon yang baharu.

    ReplyDelete
  9. Dah register . Nak tau bila boleh dapat geran tersebut
    Macamana nak check

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan dpr geran,dpt dana RM3000 nnt akan kredit ke akaun kalau layak atau pun lulus

      Delete
  10. tak boleh semak jawapan ,poskod dan bandar sudah isi pun tak boleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawalan belom dpt lg ,hanya utk pendaftaran permohonan bary je dlu

      Delete
  11. Masih tidak boleh daftar sampai sekarang.bagaimana cara yg sebetulnye?

    ReplyDelete
  12. Kalau tiada pekerja bolehkah?

    ReplyDelete
  13. Kalau tiada pekerja bolehkah?

    ReplyDelete
  14. poskod dan bandar masih x boleh masuk.dah 7 hari cuba.

    ReplyDelete
  15. i baru mohon secara online.

    tapi bila saya nak semak dan tukar nama syarikat (spelling error), portal tak bagi kita tukar nama pulak.

    adakah permohonan saya akan TAK DILULUSKAN disebabkan nama syarikat yg salah?

    ReplyDelete
  16. salam tuan..sy dh isi banyak kali geran khas ni..tapi tak lepas..dia suruh masukkan poskod dan dandar..bila masukkan pun masih tak lepas..kenapa yer...lagi pun tarikh tutup dah dekat ni...macam mana cara nak mohon ni

    ReplyDelete
  17. Saya ada ssm sebelum ni..tapi dah expired 2018..dan saya dah x run bisnes lagi..mcm mn ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah ada income lain lah tu, beri peluang kepada peniaga yang bergantung pendapatan daripada perniagaan

      Delete
  18. SSM saya kereta sewa (teksi) boleh mohon ke....BPN tak lulus sebab ada SSM ni la...di suruh mohon geran khas perihatin pulak, saya tengok syarat GKP tak ada pulak termasuk kereta sewa. Macamana ni..untuk pengetahuan tuan/puan saya sudah tidak aktif lagi dengan kereta sewa, kereta pon dah tukar persendirian, permit kereta sewa gantong di SPAD dan SSM tunggu tamat tempoh dengan sendiri Aje...nak pegi SSM buat buat pembatalan tak boleh sebab dalam PKP lagi..tolong la bagi penjelasan sewajarnya...

    ReplyDelete
  19. Saya kedai baru buka 6 bulan, lesen pun belum dapat, boleh register GKP?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lesen/perniagaan kena berdaftar sekurang-kurangnya sebelum 31ogos2020. Jadi, tidak dapat tuan.

      Delete
  20. Ambil berapa lama nak tahu Kita punya dah Lulus belum lepas mohon

    ReplyDelete
  21. Lhdn ,saya sudah masuk ic dan postcode dan daerah kenapa masih tendang balik dipermukaa yang sama,tidak boleh masuk ke page kedua,adik saya business man juga dan dia berjaya boleh daftar, kenapa saya masih tidak boleh online daftar,boleh me saya pergi cawagan lhdn yang berdekatan untuk daftar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap harap lhdn bagi jawapan dengan cepat,tarih sudah dekat untuk permohonan

      Delete
  22. Ssm sy carwash..kini tidak berniaga sejak tahun lepas nov sbb complex tersebut telah pun tutup.blm sempat batal Kan ssm sbb complex tersebut akan ambil Alih Oleg pemilik lain..patutnye bulan april thn ni..tapi disebabkan pkp masih tunggu utk panggilan dr management.sejak carwash tutup sy hanya Harlan duit simpanan tapi skrng mmng dah habis pakai.harapkan bsh last minute tak lulus sbb ssm tapi sblm apply syarat Nye jika ada ssm Dan tak pernah byr cukai juga blh mohon.gkp dah apply tapi baru saja baca bahawa perniagaan mesti aktif.sedangkan sy masih blm mula berniaga.tlng sy sy mmng perlukan bantuan..sy mempunyai 3orng anak 7th 2thn Dan 9bulan...suami Dan sy shj yg jaga carwash dgn 1 orng pekerja.

    ReplyDelete
  23. Tarikh permohonan adalah sehingga 15 mei kan? Kenapa saya tak boleh nak daftar akaun ye?

    ReplyDelete
  24. Ni nak bengang ni..line internet masalah ke laman web ni jammed..klu jammed kenapa pukul 12 mlm pn mcm tu jgk..bila disuruh semak kita semak pastu masuk id..pastu kata akaun dh wujud..pastu kata id blm didaftarkn..pastu suruh datar akaun..pastu masuk id..pastu pimai2 tangtu..naik fedup jgk mcm..dah la klu kedekut jgk x nk bg duit gkp ni x pela. Redho jela mkan jela apa2 yg ada..

    ReplyDelete
  25. Salam..sy dah login tpi tak lpas2..blik2 kluar no id suruh daftar akaun pastu kata akaun dh wujud pastu kata no id lom didaftarkan..fed up btul..pecite ni..masalah line ke xde duit nk byar

    ReplyDelete
  26. Kalau ada berkerja di syarikat dan juga berniaga memberi perkhidmatan membaiki mesin (ada SSM dan membayar income tax), tiada bisnes dan kerja sepanjang MCO, layak tak untuk memohon GKP?

    ReplyDelete
  27. Salam, kalau tak berdftr dgn lhdn tapi ada lesen perniagaan, hardware. Tapi pendapatan setahun tak smpai 200k boleh memohon tak?

    ReplyDelete
  28. Apa beza “No Pendaftaran Perniagaan” & “No Lesen Perniagaan” ?? Tolong Bantu Saya!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. No Pendaftaran Perniagaan daftar dgn SSM....No Lesen Perniagaan daftar dgn Majlis Perbandaran Tempatan

      Delete
  29. saya dh masuk kan ic tapi x der butang klik untuk permohonan baharu

    ReplyDelete
  30. jika 1 nama tapi ada banyak syarikat atas nama pemilik yang sama, BOLEH POHON GERAN PRIHATIN NI UTK SEMUA SYARIKAT KE? Atau hanya 1 syarikat je boleh mohon

    ReplyDelete
  31. Boleh ragu tak kalau dah over? I didn't notice about this as I'm in oversea can't return back to Malaysia.

    ReplyDelete
  32. macam mana ye nak buat rayuan untuk bantuan ni. sebab terlepas pandang and masa nak mohon dah tutup permohonan. kalau nak email lhdn untuk rayuannak sertakan dokumen apa ye?

    ReplyDelete
  33. masih ada masa lagi ke nak mohon geran perihatin ni.

    ReplyDelete
  34. Saya tersilap isi borang. Syarat nak pekerja kurang 5 org tak termasuk saya. Saya isi 5 termasuk saya.. Gkp tak lulus.. Nak buat rayuan mcmana yer..

    ReplyDelete
  35. Nak buat rayuan mcmna yer.. Tersilap isi borang masa permohonan.. Syarat nak jgn lbh dr 4 pekerja tak rermasuk diri sendiri.. Saya tulis 5 termasuk saya

    ReplyDelete
  36. Selamat petang,boleh saya tahu,teksi boleh mohon tak Dan macam mana mohon, terima kasih

    ReplyDelete
  37. Status lulus, tp bila sya cek, no akaun bank betul, tapi Nama bank salah, mcm mna ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lulus juga..saya pulak akaun bank salah 1digit.. mcm mana ni?

      Delete
  38. jika pertama kali tak ada buat, boleh saya buat rayuan? saya lepas 15 Mei baru tahu, tapi sudah tak boleh buat.

    ReplyDelete
  39. Salam,saya ingin bertanya, masih ada peluang untuk saya membuat permohonan baharu GKP bagi ayah saya? Saya sudah terlepas pandang untuk buat permohonan sbb saya ingatkan ia akan masuk account secara automatik. Ayah saya merupakan seorg peniaga kecil di luar bandar. Saya harap dapat maklum balas dari pihak tuan dan harap pihak tuan dapat tlong sya menjadi satu media bagi menyampaikan masalah sya ini kepada pihak berkenaan. Sekian Terima Kasih

    ReplyDelete
  40. Terlepas pandang tarikh tutup permohonan.Mohon untuk perlanjutan tarikh untuk permohonan.Harap disini dapat membantu untuk memanjangkan kepada pihak kerajaan

    ReplyDelete
  41. Terlepas pandang tarikh tutup permohonan.Mohon untuk perlanjutan tarikh untuk permohonan.Harap disini dapat membantu untuk memanjangkan kepada pihak kerajaan

    ReplyDelete
  42. Kalau terlewat daftar gkp dan mau daftar baru bila blh buka onlinr permohonan.tq

    ReplyDelete
  43. Buat rayuan tapi tak htr document penyata pendapatan. Mcm mn nak htr penyata tu. Bila semak balik ruangan rayuan dah tak ada Tlg bantuan sbb penyata blm htr.

    ReplyDelete
  44. Salam.saya terlepas pandang tentang geran prihatin nasional..boleh tak kalau buat rayuan?harap masih diberi peluang

    ReplyDelete
  45. Salam.saya terlepas pandang tentang geran prihatin nasional..boleh tak kalau buat rayuan?harap masih diberi peluang

    ReplyDelete
  46. nk tny kalau mohon geran ni perlu ada penyata ke?kalau xde mmg xlayak ea...ada ssm tapi penyata xde sb kedai kecik je niaga...cmne ye?

    ReplyDelete
  47. Saya terlepas pandang tentang geran prihatin nasional..masih ada peluangkah untuk saya membuat permohonan baru???Bilakah permohonan online dibuka??Terima kasih

    ReplyDelete
  48. Saya telah isi borang, tetapi baru saya perasan yang saya salah isi yang mengatakan 'tidak' berniaga pada tahun 2020, sedangkan saya masih berniaga.

    ReplyDelete
  49. bla..bla...bla...bla..bla.. tak lulus

    ReplyDelete
  50. dah lulus, tapi salah pula no akaun bank.. macam mana yer?

    ReplyDelete
  51. Saya tersilap taip 6org perkerja,sebenarnya 5org perkerja seorang pemilik tunggal termasuk saya .gkp gren tidak luluskan saya.

    ReplyDelete
  52. Saya aqidah said
    Saya setiap pagi berniaga nasi lemak hanya itu mendapatkan hidup kami saya suami Dan anak2. Di rumah saya tak punya tv atau apa pun. Saya mohon dari pihak kerajaan untuk bantuan RM3000 untuk modal. Saya tak tahu ada bantuan ini sebelumnya.

    ReplyDelete
  53. Saya Baharuddin Bin Bakar ic 681203105731 membuat rayuan geran khas pration yg saya tidak tahu dan lambat terlambat memohon dgn jasa baik tuan menerima saya sebagai permohonan terima kasih

    ReplyDelete
  54. Saya sivanathan A/L Thanatharan ic 801110145519 menbuat rayuan geran khas pration yg saya tidak tahu dan lambat terlambat mohon dgn jasa baik tuan menerima saya sebagai permohonan terima kasih

    ReplyDelete
  55. kenapa tak boleh nk register cik??

    ReplyDelete
  56. Kalo Fasa 1 GKP dah terima so utk fasa 2 perlu daftar atau tidak ? Bila check status Lulus saje.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  57. no lesen nak ambik dekat borang ssm kaa ?

    ReplyDelete
  58. Assalamualaikum tuan, kalau pakai lesen perniagaan yang dimiliki bapa saya ( tapi sy yang run bisnes) boleh isi pakai nama saya?

    ReplyDelete
  59. No pendaftaran yg mna satu ya nak tulis ada dua kan satu dlm kurungan cth CT tlg bagi pencerahan

    ReplyDelete
  60. Kalau pemohon adalah rakan kongsi seperti tercatat dalam lesen perniagaan, boleh Tak memohon. Sy dh cuba tapi x dpt. Ada Cara x sbb pemilik yg jg kwn sy xnak tolong apply. Sedih ☹️

    ReplyDelete
  61. Kalau tersalah letak no akaun bank. Macam mana nak kemas kini.. Lulus tapi gagal kredit

    ReplyDelete
  62. Kalau isi nombor akaun syarikat boleh ke??

    ReplyDelete
  63. Mcmna nk batalkan permohonan GKP

    ReplyDelete
  64. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  65. Nak batalkan permohonan mcmna ya

    ReplyDelete
  66. Saya masih tak dapat pembayaran BPR fasa 2 sampai sekarang

    ReplyDelete
  67. Macam mane nk batalkan permohonan gkp ye

    ReplyDelete