MySalam: Bantuan Kewangan Sehingga RM700 Bagi Golongan B40


BANTUAN KEWANGAN RM700 BAGI GOLONGAN B40

MySalam merupakan skim bantuan untuk perlindungan kesihatan secara percuma. Bantuan ini disediakan oleh kerajaan agar dapat memberikan manfaat perlindungan takaful bagi mereka yang layak untuk menerima skim Perlindungan Masyarakat mySalam menerusi Tabung Amanah mySalam.

Skim mySalam ini bertujuan untuk membantu kepada golongan miskin yang memerlukan bantuan tetapi mengalami masalah kewangan terhadap penyakit-penyakit kritikal yang dialami.

KELAYAKAN UNTUK MEMOHON
  • Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
  • Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
  • Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
PANDUAN UNTUK MENUNTUT MYSALAM

Tahukah anda? Kepada anda yang berada dalam tempoh kuarantin, anda juga boleh membuat tuntutan skim mySalam ini.

MANFAAT PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP (BSH)
  • Penyakit kritikal RM8,000 + hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari.
Kepada anda yang ingin memohon, sila rujuk cara seperti di bawah:
  • Layari www.mysalam.com.my
  • Masukan kad pengenalan tanpa (-)
  • Klik pada butang semak
  • Scroll bawah sampai jumpa "LAYAK" atau "TIDAK LAYAK"
PANDUAN MEMBUAT TUNTUTAN SECARA ATAS TALIAN
  1. Log masuk ke portal https://www.mysalam.com.my/b40/public/
  2. Kepada yang belum mendaftar mySalam sila daftar dahulu.klik LOG MASUK KALI PERTAMA dan ikut step yg di arahkan.
  3. kalau suda daftar dia minta pengesahan no telefon.Jikalau no telefon sudah tidak boleh digunakan , sila kol talian bantuan. Dorg akan bantu reset pasword. Lepas reset password log masuk TETAPKAN PASSWORD BARU
  4. KEMASKINI PROFILE.
  5. KEMASKINI PROFILE baru la kamu klik TUNTUTAN --> ️PENYERAHAN TUNTUTAN --> TUNTUTAN HOSPITALISASI --> MASUKKAN TARIKH MULA KUARANTIN DAN TAMAT KUARANTIN --> ️PILIH NON PANEL UNTUK(NAMA HOSPITAL) --> MUAT NAIK COPY IC --> ️MUAT NAIK BORANG ANNEX 14&17( contoh borang anex 14 dan 17 ada dalam gambar)
  6. HANTAR
  7. Selepas hantar, tunggu keputusan.
PANDUAN KEDUA
  1. Anda boleh pergi ke mana-mana kiosk mySalam
  2. Bawa salinan IC dan borang Annex 14&17. Jika anda berada di LABUAN, kiosk mySalam di hospital Nukleusb
MAKLUMAT LANJUT

Kepada yang berada di tempat lain, anda boleh menghubungi nombor tel mySalam seperti di bawah

Telefon : 1-300-88-8938
Email : info@mysalam.com.my

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua pembaca dan jangan lupa untuk kongsikan artikel ini ke semua media sosial anda.

Post a Comment

0 Comments