SEMAKAN ONLINE
Pembayaran i-Sinar Bagi Bulan Julai 2021 & Cara Semak Status Pembayaran
Seperti yang kita ketahui sebelum ini, pembayaran i-Sinar bulan untuk Julai 2021 adalah pembayaran terakhir i-Sinar. Majoriti penerima i-Sinar telah pun habis dibayar pada bulan Jun lagi. Akan tetapi, pembayaran ini adalah pembayaran bagi yang lewat mendaftar tempoh hari.
Seperti yang kita tahu sebelum ini, i-Sinar telah diperkenalkan hampir 6 bulan dan i-Sinar akan digantikan dengan i-Citra yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada perutusan khas baru-baru ini.
Menerusi i-Citra, ahli boleh mengeluarkan duit sehingga RM5,000 iaitu RM1,000 sebulan bermula pada Ogos 2021.
Perlaksanaan i-Sinar sangat membantu kepada para ahli yang terkesan dengan penularan Wabak Covid-19 ini.
BAYARAN I-SINAR BULAN JULAI
Pengeluaran i-Sinar adalah salah satu langkah yang diambil oleh kerajaan di mana pencarum KWSP dibenarkan untuk membuat pengeluaran wang KWSP mereka di dalam akaun 1.
Pihak daripada Kumpulan Wang Simpanan Malaysia (KWSP) telah membuat kenyataan bagi pengeluaran i-Sinar bulan Julai 2021 akan dibuat secara berperingkat sehingga 10 Julai 2021.
JADUAL BAGI PEMBAYARAN I-SINAR JULAI
Bagi tarikh pembayaran i-Sinar untuk bulan Julai, pembayaran dijangka akan bermula pada 1 Julai 2021. Akan tetapi, pihak KWSP telah mengawalkan pembayaran dengan menukarkan tarikh pembayaran di i-Akaun masing-masing.
Oleh itu, pembayaran diawalkan dan bermula pada 1 Julai 2021 dan pembayaran dibuat secara berperingkat.
Untuk penerima kumpulan/batch pertama akan menerima bayaran pada 1 Julai dan kumpulan seterusnya akan menyusul.
Baca artikel lain:
MAKLUMAT PEMBAYARAN
- Sekiranya pembayaran bermula pada 1 Julai 2021. Penerima yang akan menerima bayaran tersebut adalah mereka yang menerima i-Sinar pada 1 Jun 2021 yang lalu.
- Jika pembayaran i-Sinar berikutnya pada 2 Julai 2021 makan penerima pada 2 Jun 2021 lalu akan menerima bayaran tersebut.
- Jika pembayaran i-Sinar berikutnya pada 3 Julai 2021 maka penerima pada 3 Jun 2021 lalu akan menerima bayaran tersebut.
- Buka aplikasi i-Akaun dalam telefon bimbit anda melalui pautan https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member.
- Log masuk dengan menggunakan id & password yang telah didaftarkan.
- Lihat di ruangan sebelah kiri dan semak bahagian sejarah pengeluaran atau withdrawal.
- Klik pada i-Sinar dalam jadual di barisan kedua.
- Status permohonan i-Sinar akan dipaparkan.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang pertanyaan mengenai tarikh pembayaran i-Sinar KWSP bagi bulan Julai 2021, anda boleh menghubungi HOTLINE i-Sinar di talian 03-8922-4848.
Semoga perkongsikan ini bermanfaat bagi setiap pembaca dan jangan lupa untuk kongsikan artikel ini ke semua media sosial anda.
Post a Comment
0 Comments