Syarat Kelayakan Untuk Membuat Permohonan i-Citra KWSP & Cara Untuk Memohon




Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia - Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengungumkan tentang Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH). Pakej bantuan ini diperkenalkan dan ini adalah salah satu langkah kerajaan untuk membantu dan meringankan kesusahan rakyat di masa yang mencabar berikutan penularan wabak Covid-19 yang masih belum berakhir.

Oleh itu, Kumpulan Wang Simpanan Malaysia (KWSP) telah memperkenalkan kemudahan pengeluaran yang baharu dengan kadar pengeluaran baharu maksimum sehingga RM5,000 dan kemudahan ini diberikan nama i-Citra. Menerusi i-Citra, pencarum boleh mengeluarkan amaun maksimum sehingga RM5,000 iaitu RM1,000 selama lima bulan bermula pada Ogos 2021.

Baca artikel lain:
  1. Cara Membuat Permohonan Bantuan Warga Emas RM500 Setiap Bulan 2021.
  2. Mohon Bantuan Kanak-Kanak Sehingga RM1,000 Sebulan. Baca Untuk Panduan Permohonan!.
Berikut dikongsikan tentang maklumat yang lebih terperinci tentang bantuan PEMULIH ini.

SYARAT KELAYAKAN UNTUK MEMOHON I-CITRA

Untuk permohonan i-Citra, terdapat seramai 12.6 juta ahli KWSP yang boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 ringgit. Kadar bayaran setiap bulan adalah RM1,000 ringgit bagi tempoh 5 bulan. Kadar bayaran ini tertakluk kepada simpanan KWSP ahli.

Berikut kami kongsikan syarat kelayakan untuk memohon i-Citra:
  • Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan
  • Memiliki simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN & TARIKH UNTUK MEMOHON

Kepada ahli yang hendak membuat permohonan kemudahan pengeluaran ini, anda boleh membuat permohonan di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my (sedang diselengara).

Permohonan boleh dibuat mulai 15 Julai 2021 sehingga 30 September 2021. Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian dan portal ini hanya boleh diakses bermula pada 15 Julai 2021. Ikuti maklumat lanjut mengenainya dalam dari masa ke semasa.

TARIKH PEMBAYARAN

Pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan ke akaun ahli pada bulan Ogos 2021, iaitu bermula dengan RM1,000 sehingga Disember 2021 bagi melengkapkan jumlah amaun maksimum sehingga RM5,000.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua pembaca dan jangan lupa untuk kongsikan artikel ini ke semua media sosial anda.





Post a Comment

0 Comments