SEMAKAN ONLINE
PEMULIH: Bantuan Khas Covid-19 (BKC), RM100 - RM1300 Bagi Isi Rumah, Bujang & Warga Emas
Perdana Menteri Malaysia - Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan tentang Bantuan Khas Covid-19 (BKC) di dalam perutusan khas baru-baru ini. Program ini adalah di bawah agenda Pelan Pemulihan Negara bagi rakyat Malaysia.
Program ini bertujuan bagi membantu rakyat Malaysia di masa yang mencabar ini terutamanya kepada golongan sasar seperti miskin tegar, golongan B40 & M40 yang sangat terkesan akibat perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan PKP (3.0).
BANTUAN KHAS COVID-19 BKC
Selepas bantuan PEMERKASA diperkenalkan seperti sebelum ini, kerajaan bersetuju sekali lagi untuk menyalurkan Bantuan Khas Covid-19 atau BKC melalui skim bantuan baharu yang dinamakan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) dengan suntikan dana sebanyak RM4.6 billion ringgit.
Skim bantuan ini akan dapat memberikan manfaat kepada lebih 11 juta isi rumah, individu bujang dan warga emas yang berada dalam golongan sasar seperti miskin tegar dari golongan B40 dan M40.
Baca artikel lain:
- Cara Membuat Permohonan Bantuan Warga Emas RM500 Setiap Bulan 2021.
- Mohon Bantuan Kanak-Kanak Sehingga RM1,000 Sebulan. Baca Untuk Panduan Permohonan!.
Kaedah pembayaran bagi skim bantuan ini adalah, rakyat akan menerima secara langsung bantuan wang ringgit yang bernilai RM100 - RM1300 dengan mengikuti kelayakan masing-masing.
KATEGORI BANTUAN
Dengan penelitian yang telah dibuat oleh kerajaan, bantuan ini akan diagihkan kepada 3 kelompok iaitu:
KATEGORI MISKIN TEGAR
Status: Isi Rumah
Jumlah Bantuan: RM1300
Status: Bujang
Jumlah Bantuan: RM500
GOLONGAN B40
Status: Isi Rumah
Jumlah Bantuan: RM800
Status: Bujang
Jumlah Bantuan: RM200
GOLONGAN M40
Status: Isi Rumah
Jumlah Bantuan: RM250
Status: Bujang
Jumlah Bantuan: RM100
TARIKH PEMBAYARAN
Pembayaran akan dilakukan secara berperingkat melalui 3 fasa iaitu:
Fasa1: Bulan Ogos
Fasa2: Bulan November
Fasa3: Bulan Disember
CARA MEMBUAT PERMOHONAN
Setakat ini, tiada sebarang maklumat yang diumumkan oleh pihak kerajaan tentang cara untuk membuat permohonan bantuan ini. Sama-samalah kita ikuti perkembangan semasa tentang permohonan Bantuan Khas Covid-19 (BKC).
Kami akan mengongsikan tentang maklumat tersebut jika terdapat pengunguman rasmi daripada kerajaan.
Post a Comment
0 Comments