LHDN : Cara Membuat Rayuan Geran Khas Prihatin (GKP) Dibuka 3 Jun - 15 Jun 2020 - Malaysia Kerjaya!

Breaking

Thursday, June 4, 2020

LHDN : Cara Membuat Rayuan Geran Khas Prihatin (GKP) Dibuka 3 Jun - 15 Jun 2020



PERMOHONAN RAYUAN GERAN KHAS PRIHATIN (GKP) 2020



Kepada permohonan Bantuan Geran Khas Prihatin yang tidak LULUS, anda boleh mengemukakan permohonan Rayuan Geran Khas Prihatin (GKP) semula bermula pada 3 Jun Sehingga 15 Jun 2020. 

Permohonan secara manual seperti terus ke cawangan LHDN berdekatan adalah tidak dibuka.

DOKUMEN YANG PERLU DISEDIAKAN 

Anda hendalah memuat naik dokumen yang menyokong bagi setiap kategori KOD alasan tidak lulus. Berikut adalah 7 alasan permohonan GKP tidak lulus :

  • Pekerja melebihi 4 orang
  • Tiada pendapatan - perniagaan dianggap tidak aktif
  • Jualan melebihi RM300,000
  • VIP / Individu Berprofil Tinggi
  • Pasangan telah lulus
  • Tidak berdaftar dengan SSM / LHDNM / PBT





Permohonan rayuan boleh dibuat melalui portal rasmi Geran Khas Prihatin (GKP).

Berikut adalah sebab-sebab permohonan GKP anda tidak lulus. Oleh itu, anda perlu menghantar dokumen sokongan seperti di jadual di bawah :


Baca dengan teliti dan pahami dengan syarat dokumen yang telah ditetapkan oleh LHDNM sebelum melakukan proses memuat naik dokumen.


Untuk permohonan rayuan ini, anda hanya dibenarkan memuat naik 3 lampiran dokumen sokongan dan tidak melebihi 2MB bagi setiap dokumen. Format untuk memuat naik dokumen yang dibenarkan adalah JPEG, JPG, PDF dan PNG.

Anda tidak dibenarkan untuk membuat rayuan semula, jika situasi anda :
  • Melaporkan jumlah jualan melebihi RM300,000 pada borang permohonan GKP
  • Pasangan telah membuat permohonan berasingan dan lulus GKP bagi perniagaan yang sama
  • Perniagaan didaftarkan pada tahun 2020
  • Perniagaan tidak berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019.



Jika anda ingin mengemukakan pertanyaan berkaitan dengan Geran Khas Prihatin RM 3000 untuk PKS ini, anda boleh menghubungi talian LHDNM di Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).

41 comments:

  1. Berdaftar dgn ssm lhdn maseh tak lulus jugak kenapa yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya juga berdaftar dengan SSM tetapi ditulis tidak berdaftar. Memang sangat pelik lah, kalau saya tidak berdaftar tidak mungkin saya memohon. Jadi saya fikir, mungkin ada sebab yang lebih khusus tetapi dimasukkan dalam kategori itu. Bila saya semak balik, mungkin sebab diorang perlukan dokumen sokongan yang menunjukkan nama kita ada dalam pendaftaran tersebut. Itu sahaja. Insya Allah rayuan saya akan diluluskan selepas ini selepas saya upload dokumen pemilik2 syarikat yang tertera nama saya dan sijil pendaftaran perniaagan. Saya juga telah berhubung dengan pegawai LHDN mengenai rayuan saya. Beliau beritahu tiada masalah lagi selepas saya kemukakan dokumen sokongan tersebut. Insya Allah.

      Delete
  2. Pejabat guaman tidak perlu berdaftar dengan SSM.

    ReplyDelete
  3. Yang salah letak pekerja mcmana ye..boleh bantu x macmana nak buat rayuan.Saya tak paham la caranya..Sy niage pasar malam je..saya niaga sorang..dah call banyak kali tapi tiada respon

    ReplyDelete
  4. Selamat petang.Saya mahu tanya macam mana buat rayuan.Sila contact saya

    ReplyDelete
  5. Sya salah memasukan no lesen perniagaan,mcm mna cranya sya hendak mengisi smula borang rayuan gkp.

    ReplyDelete
  6. Saya salah masukkan dokumen sokongan ,macam mana caranya saya hendak mengisi semula rayuan gkp

    ReplyDelete
  7. Macamana nk buat rayuan ni...pls info saya

    ReplyDelete
  8. bagaimana nak buat rayuan jika pemohonan utk gkp itu tersalah nama pemohon? ini kerana semasa pemohonan di buat ia terus automatik keluar nama pasangan yang memohon bpn dan bpn d tolak kerana pasangan dikesan ada ssm? bileh bagi pencerahan tak untuk saya buat rayuan pemohonan?

    ReplyDelete
  9. Saya tersalah dokumen sokongan

    ReplyDelete
  10. Macammana nak isi ya jika nama tak masuk sistem.saya cuma ada ssm saja. Call tak dapat

    ReplyDelete
  11. Mcmne nk isi Ni.. sy belum dftar lg..
    Buka gkp td.. da ditutup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sama..sah apply Masa check dalam pertimbangan, tapi last selalu check tiada record

      Delete
  12. Plisss help... Aritu xtau ada bantuan ni... So x isi... Cemana

    ReplyDelete
  13. salam..bila permohonan GKP dibuka semula ya..memandangkan ramai yg gagal

    ReplyDelete
  14. Bisu seribu bahasa. Mmg takde bahasa langsung. Kesianlah kat individu yang taktahu menahu pasal GKP ni. Kerajaan ape la

    ReplyDelete
  15. Yang niaga penjaja dah tiga bulan Tak Ada income,macam Mana nak apply? Dah apply banyak Kali, permohonan dipertimbangkan, tapi last last tunjuk tiada record permohonan

    ReplyDelete
  16. kenapa sy x tahu ada bantuan ini..harap kerajaan buka semuala bantuan gkp ni kerana masih ramai yg baru tahu adanya bantuan ni setelah tarikh permohonan dh di tutup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul sngt..tak adil plk bgi yg tak tahu

      Delete
    2. Betul.. sy pn x thu n xdan nk isi.. bila nak isi dh tutup.. tolonglah pertimbangankan balik kami penjaja y terjejas ni macam mn..

      Delete
    3. Betul tu.suami saya pun tak tahu.gkp ni kena buka semula untuk yg belum mohon sebab tak tahu.itu pun ada kawan yg beritahu ni

      Delete
  17. yang blum mendaftar tak boleh buat rayuan pendaftaran ke?

    ReplyDelete
  18. Mohon kerajaan pertimbangkan bagi yg mana tidak dpt mengisi borang bantuan gkp ataupun tercicir dari maklumat asal.. mohon kerajaan buka biat kali kedua utk membantu peniaga yg terkesan dgn covid 19.

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum.. Untuk permohonan baru tak dibuka lagi ke? saya tak tahu pasal Geran Khas Perihatin sebelum ini. Terlepas untuk memohan sebelum ini

    ReplyDelete
  20. Bila Boleh apply GKP? Selama 3 bulan tidak Kerja,masih tidak Boleh rayuan

    ReplyDelete
  21. Permohonan sy x lulus atas alasan jualan melebihi 300k. Dlm list rayuan tu tulis boleh rayu tp dlm faq kata x boleh pulak. Klik utk rayuan takde.

    ReplyDelete
  22. Kenapa bila sye masukkan no ic dia kata pemohonan telah ditutup...sbb sblm nie try jgk mohon tpi bila letak no ic xboleh jgk kenapa iyer???

    ReplyDelete
  23. Dah tmt ryuan ...tadi tgk ade lagi ryuan..skrg dh tiada

    ReplyDelete
  24. mohon di buka untuk kali ke dua

    ReplyDelete
  25. Register tapi tak ada dalam rekod mohon bantu..lhdn

    ReplyDelete
  26. saya tidak dapat muat naik ssm saya dah cuba muat naik. akhirnya saya bterus tekan butang rayuan terus masuk tanpa dokument sokongan ssm saya. saya rasa tertekan sangat sedangkan semua dah lengkap. harap pihak berkenaan ambil perhatian keatas masalah macam ni

    ReplyDelete
  27. tidak dapat muat naik dokumen sokongan.

    ReplyDelete
  28. Kalau ada rezeki adalah. Saya juga buat kesilapan masa memohon. Bila keputusan tidak lulus saya masukkan SSM. Sekarang tunggu keputusan rayuan .

    ReplyDelete
  29. Saya juga membuat kesilapan dalam permohonan, bilangan pekerja, saya mempunyai 2 orang pekerja dari luar dan 2lagi adalah bapa dan adik saya, saya telah membuat rayuan tetapi masih tidak lulus. Saya telah membuat panggilan tetspi tidak berhasil. Tolong bantu saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bantu la kami yg serbah kekurangan gaji baru 1000 terima baru 800 700..mw bayar ruma anak sekolah

      Delete
  30. Mohon buka semula rayuan bantuan untuk Gran Dana prihatin

    ReplyDelete
  31. mohon buka semula rayuan bantuan untuk geran khas prihatin...

    ReplyDelete
  32. mohon buka semula rayuan untuk geran khas prihatin...mengharap sgt.

    ReplyDelete
  33. Mohon sangat sy merayu untuk kerajaan

    ReplyDelete