Cara Membuat Semakan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Tambahan Pemerkasa Plus & Tarikh Bayaran


Kerajaan akan memberikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) tambahan kepada isi rumah dan individu yang layak menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat & Ekonomi Tambahan (PEMERKASA ++)

Kepada yang sudah membuat rayuan dan mendapat keputusan lulus, pembayaran telah dilaksanakan sejak 28 September 2021 untuk bank BSN, manakala bank-bank lain pula akan mendapat pembayaran pada 4 Ogos 2021.

Untuk makluman, Tan Sri Muhyiddin Yassin bekas Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan tentang bantuan baharu kepada rakyat iaitu PEMERKASA Plus, bantuan ini bertujuan untuk membantu mereka yang terjejas akibat perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

PEMERKASA PLUS mempunyai 3 matlamat utama iaitu:
  • Mempertingkatkan kapasiti kesihatan awam
  • Meneruskan agenda prihatin rakyat 
  • Menyokong kelangsungan Perniagaan
Salah satu matlamat utama kerajaan iaitu meneruskan agenda prihatin rakyat, kerajaan bersetuju untuk memberikan Bantuan Prihatin Rakyat (tambahan) bagi isi rumah dan individu yang layak.

BAYARAN BPR TAMBAHAN 2021

Baca di bawah tentang jumlah pembayaran BPR 2021:
  • Isi rumah bawah RM2,500.0 - RM500.00
  • Isi rumah bawah RM5,000.0 - RM300.00
  • Bujang - RM100
Peruntukan tambahan bagi bayaran ini adalah sebanyak RM2.4 Billion 
TARIKH PEMBAYARAN

Bayaran dengan mengikut amaun bagi setiap kategori telah dikreditkan ke akaun penerima pada 29 Jun 2021.

Untuk makluman, bayaran ini merupakan bayaran tambahan daripada keseluruhan bayaran mengikut fasa yang mana ketika ini masih berlangsung.

Baca artikel lain:
TARIKH PEMBAYARAN BAGI PENERIMA YANG LULUS

Kepada yang sudah membuat rayuan dan lulus bagi pembayaran BPR, bayaran akan dilaksanakan pada 28 September 2021 untuk yang menggunakan akaun bank BSN. Kepada bank-bank yang lain pula, bayaran akan dilaksanakan bermula pada 4 Oktober 2021.

CARA SEMAK STATUS KELULUSAN DAN MAKLUMAT PEMBAYARAN 
  1. Log masuk ke laman web https://bpr.hasil.gov.my/
  2. Klik pada butang "Semak Status"
  3. Status bayaran/permohonan akan terpapar

UNTUK MAKLUMAN: Kepada mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau gagal kredit, pembayaran tunai boleh dilakukan dengan membawa kad pengenalan ketika hadir ke kaunter BSN yang berdekatan.

Jika anda menuntut dengan menggunakan wakil, hanya wakil yang didaftarkan sahaja yang boleh membuat penunaian.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut tentang pembayaran BPR anda boleh melayari laman web BPR di https://bpr.hasil.gov.my/ atau hubungi 

LHDM di talian: 1-800-88-2747 (Waktu operasi: jam 9 pagi sehingga jam 5 petang)




Post a Comment

0 Comments