PRIHATIN KASIH: Bantuan Barangan Dapur RM100 Sebulan Isi Rumah



Bantuan ini merupakan Program Prihatin Kasih di dalam pakej PEMERKASA. Bantuan ini adalah salah satu inisiatif kerajaan bagi membantu mereka yang dari golongan miskin bandar dengan mendapatkan barangan keperluan dapur secara tanpa tunai.

Kepada penerima, anda boleh membuat pilihan tempat untuk berbelanja di lebih 300 rantaian kedai dan pasar raya di seluruh negara.

Program PRIHATIN Kasih yang telah diumumkan pada bulan Julai yang lalu merupakan program tambahan untuk menambahbaik dalam program e-Kasih

Anda mungkin berminat dengan artikel ini:
DIMANA PENERIMA BANTUAN BOLEH MEMBUAT PEMBELIAN?

Untuk pembelian, terdapat 300 rantaian pasar dan kedai yang terpiliih di seluruh negara yang boleh digunakan kepada penerima bantuan pembelian barangan keperluan termasuk:
  • Mydin
  • The Store
  • Giant
  • Econsave 
  • Pacific 
  • Milimewa 
  • Lotus Stores (Tesco)
  • 99 Speedmart
  • Kedai-kedai runcit yang terpilih
BILAKAH TEMPOH PERLAKSANAAN?

Untuk tempoh perlaksanaan bagi Program PRIHATIN Kasih adalah berbeza bagi setiap negeri. Baca di bawah tentang tempoh perlaksanaan Program PRIHATIN Kasih:
  • Selangor dan Kuala Lumpur: Julai - September 2021
  • Kelantan, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Melaka dan Terengganu: Ogos - September 2021
  • Negeri Sembilan, Labuan, Pahang, Putrajaya, Sabah dan Sarawak: September - November 2021 atau Oktober - Disember 2021 (Akan dimaklumkan kemudian)
BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT SEMAKAN PROGRAM PRIHATIN KASIH?

Kepada penerima yang layak mendapatkan bantuan ini akan menerima SMS daripada MyKasih yang menyatakan status mereka sebagai penerima bantuan ini. 

Penerima bantuan ini juga akan mendapatkan tarikh dan masa untuk sesi taklimat orentasi di kedai runcit yang berdekatan.

Kepada mereka yang tidak menerima sebarang SMS daripada Mykasih, anda boleh membuat semakan status kelayakan bagi bantuan Prihatin Kasih secara atas talian melalui laman web: 
MAKLUMAT LANJUT

Bagi maklumat lanjut tentang Program PRIHATIN Kasih, anda boleh melayari di laman web https://www.mykasih.com.my/site/prihatin-kasih/.

Anda juga boleh mendapatkan info-info terkini tentang bantuan kerajaan di: https://t.me/NakKerjaa




Post a Comment

0 Comments