Jumlah Bantuan Daripada Perdana Menteri Yang Diberikan Kepada 870,000 Individu Hilang Pendapatan



Walaupun rakyat telah diberi kebebasan untuk melakukan aktiviti rentas negeri dan membuka semula ekonomi negara oleh kerajaan, tidak dapat disangkal bahawa masih ramai yang hilang sumber pendapatan mereka. Berdasarkan laporan daripada pihak kerajaan, seramai sekitar 870,000 individu rakyat Malaysia yang hilang pekerjaan mereka.

Hal yang demikian menyebabkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia bersetuju untuk mewujudkan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500.

Bayaran itu akan diberikan kepada individu yang hilang sumber pendapatan dengan cara 'one-off' bermula esok iaitu 26 Oktober dengan bajet yang diperuntukkan sebanyak RM434 juta.
Kerajaan terus komited
dalam memastikan 
kesejahteraan Keluarga
Malaysia, terutama 
kumpulan sasar yang 
terjejas akibat
pandemik COVID-19
sentiasa terbela.
JADI BAGAIMANAKAH CARA UNTUK KITA MENYEMAK SAMAADA STATUS KITA LAYAK ATAU TIDAK UNTUK MENERIMA BANTUAN INI?

Berdasarkan maklumat daripada Perdana Menteri, proses semakan untuk status kelulusan BKP ini boleh dilihat pada esok hari di laman web  https://bkp.hasil.gov.my.

Semoga bantuan yang telah disalurkan kepada masyarakat yang memerlukan dapat meringankan beban yang dipikul oleh mereka. 

Walaubagaimanapun, kita hendaklah menjaga keselamatan dan kesihatan masing-masing. Janganlah kita sesekali mengabaikan SOP yang telah ditetapkan dan norma baharu yang telah kita jaga selama ini.

Post a Comment

0 Comments