NADMA: Mohon Bantuan Kuarantin RM100 Sehari Bagi Yang Hilang Pendapatan



Adakah anda tahu bahawa NADMA adalah merupakan salah satu daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara Jabatan Perdana Menteri Kerajaan Malaysia yang mana berfungsi untuk memudahkan dan membantu rakyat Malaysia yang terkena tempias disebabkan oleh COVID-19 ini.

Melalui NADMA ini, jika anda pernah dijangkiti oleh COVID-19 dan telah dirawat, anda boleh membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan secara one-off melalui NADMA.

Bagaimanakah caranya untuk membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan daripada NADMA ini? Berikut merupakan maklumat untuk memohon bantuan COVID-19 ini.

KADAR BANTUAN COVID-19

Bantuan sebanyak RM100 sehari akan diberikan kepada mereka yang menjalani rawatan COVID-19 di wad hospital yang telah dibenarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Anda boleh mendapatkan bantuan sebanyak RM100 sehari sehingga 14 hari maksimum.

Bantuan COVID-19 ini hanya diberikan sekali sahaja secara (one-off) dalam suatu tempoh penularan jangkitan COVID-19 dan tidak akan sesekali diberikan bagi kes yang berlaku berulang kali.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RM100 SEHARI
  • Merupakan warganegara Malaysia yang telah bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji oleh majikan sepanjang tempoh menjalani rawatan COVID-19 di wad hospital.
  • Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilngan sumber pendapatan ekoran Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Bagi Kontak Rapat dengan pesakit COVID-19 yang lain.
PEMOHON YANG TIDAK LAYAK
  • Tiada pekerjaan dan sumber pendapatan sebelum Perintah Pengawasan dan Pemerintahan dilaksanakan.
  • Bukan warganegara Malaysia.
  • Mempunyai gaji atau pendapatan dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian semasa menjalani rawatan di wad hospital disebabkan oleh COVID-19.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN

1. Anda perlulah memuat turun dokumen-dokumen di laman web 
2. Anda perlulah menghantar permohonan yang lengkap melalui pos ke NADMA di alamat:
Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
52502 PUTRAJAYA
(u.p. : Sekretariat KWABBN)
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
  • Salinan kad pengenalan pemohon. (Salinan haruslah diakui sah)
  • Borang permohonan bagi memohon Bantuan Khas COVID-19 seperti yang tertera di Lampiran A. (Dokumen asal)
  • Borang Akuan Kehilangan Pendapatan seperti Lampiran B. (Dokumen asal)
  • Dokumen KKM. (Salinan borang Perintah Pengawasan dan Pemerhatian kontak COVID-19, salinan borang pelepasan yang diperolehi daripada pengawasan dan pemerhatian COVID-19, sijil cuti sakit).
  • Muka depan buku bank atau salinan penyata bank. (Salinan diakui sah).
SISTEM SEMAKAN BAGI STATUS BANTUAN KHAS COVID-19
  • https://bkcovid19.nadma.gov.my/v2/
CARA BAYARAN

Bayaran untuk bantuan khas ini akan disalurkan melalui Electronic Fund Transfer (EFT) terus kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja daripada tarikh dokumen permohonan yang lengkap diterima.

MAKLUMAT TAMBAHAN

NADMA mempunyai hak untuk memutuskan amaun bantuan berdasarkan dokumentasi yang telah dikemukakan kepada mereka atau menolak permohonan yang tidak menepati terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Post a Comment

0 Comments