Hadapi Masalah Sijil Vaksinasi MySejahtera? Baca Panduan Membuat Proses Verifikasi Vaksinasi



Adakah diantara anda yang masih belum mendapatkan sijil vaksin MySejahtera atau mengalami masalah sijil digital anda yang tidak dapat dikemaskini?

Tahukah anda bahawa hampir 70% dalam kalangan masyarakat yang mengalami masalah rekod sijil vaksinasi digital yang tidak dapat dikemaskini dan tidak dapat dipaparkan ke dalam akaun MySejahtera. Hal ini kerana proses verifikasi dan pengesahan untuk vaksinasi tidak dilakukan terlebih dahulu sebelum mengambil suntikan.

Hal ini telah dikongsikan oleh laman Twitter rasmi MySejahtera.

Ikuti kami dalam perkongsian mengenai cara untuk melakukan proses verifikasi vaksinasi di aplikasi MySejahtera langkah demi langkah.

CARA MELAKUKAN PROSES VERIFIKASI VAKSINASI DI MYSEJAHTERA

Sila ikuti langkah-langkah yang tertera untuk mendapatkan sijil vaksinasi di MySejahtera anda yang telah lengkap dan dikemaskini:
Anda perlu membuka aplikasi MySejahtera dan pergi ke laman utama atau 'Home' MySejahtera seperti dalam gambar di bawah.

Kemudian, anda diminta untuk menekan ikon Vaksinasi COVID-19.
Anda hendaklah menekan Vaksin Untuk Anda/Tanggungan Anda.
Tekan ikon 'Sahkan' pada paparan skrin anda.





Pengguna diminta untuk menjawab beberapa soalan yang diajukan di laman yang seterusnya.

Sila jawab kesemua soalan dengan lengkap sehingga selesai.



Sekiranya laman vaksinasi anda didapati seperti yang berikut, anda diminta untuk mengesahkan temujanji terlebih dahulu.

Anda hendaklah menekan pautan yang telah ditandakan dalam gambar di bawah untuk mengesahkan kehadiran temujanji vaksin anda di pusat vaksinasi yang telah ditetapkan.



Selepas proses untuk memuatnaik rekod vaksinasi anda telah berjaya dalam aplikasi MySejahtera tersebut, sijil vaksinasi digital dan juga rekod vaksinasi akan dipaparkan dan dikemaskini ke dalam aplikasi MySejahtera.



Pengguna seharusnya melakukan semakan secara kerap laman vaksinasi di dalam aplikasi MySejahtera.

Dikutip daripada laman rasmi Twitter MySejahtera:
Anda perlulah memadam Akaun Tanggungan sebelum membuka akaun persendirian/perseorangan yang baharu.

Manakala, kepada mereka yang masih terikat sebagai 'Dependent' atau tanggungan kepada akaun yang lain, akaun tanggungan tersebut seharusnya dipadam terlebih dahulu sebelum membuka akaun perseorangan yang baharu.

Sila ikuti panduan yang telah disediakan melalui artikel Cara Padam/Pindah Maklumat Tanggungan MySejahtera ke gajet masing-masing.

Post a Comment

0 Comments