Panduan Mohon Bantuan BKP RM500 & Semakan Status Permohonan 2021




Pada baru-baru ini, pihak kerajaan baru sahaja mengumumkan bahawa mereka akan menyalurkan dana bantuan sebanyak RM500 melalui insentif Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) yang bermula pada hari ini iaitu pada tanggal 26 Oktober 2021.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia berkata bahawa bantuan ini akan diberikan secara 'one-off' yang berjumlah sebanyak RM500 kepada mereka yang layak untuk menerima bantuan ini.

"Bantuan ini akan memberikan sedikit sebanyak faedah kepada hampir 870,000 yang telah kehilngan sumber pendapatan pada tahun 2021 ini disebabkan oleh pandemik COVID-19. Keseluruhan bantuan ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM434 juta hanya untuk memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia," ujar Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam suatu kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau baru-baru ini.

SEMAKAN BKP ONLINE

Cara melakukan semakan BKP secara online adalah seperti yang berikut:
  • Bermula 26 Otober 2021, semakan status kelulusan BKP secara online boleh dilakukan melalui laman web rasmi BKP di https://bkp.hasil.gov.my/ 

Untuk maklumat yang lebih lanjut, kesemua para penerima BKP boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang telah dimuat naik di portal berkenaan.

"Semoga bantuan dan bantuan tunai yang disalurkan oleh kerajaan dapat mengurangkan beban kewangan yang dihadapi oleh mereka dalam mengharungi masa sukar yang masih mencabar ini," ucap Perdana Menteri Malaysia.

TARIKH PEMBAYARAN BKP 2021

Untuk makluman kepada semua masyarakat, tarikh bagi pembayaran BKP 2021 akan disalurkan bermula pada:
  • 26 Oktober 2021
BAGAIMANA CARA MEMOHON

Untuk pengetahuan anda, tiada permohonan dibuka buat masa ini. Ianya hanya insentif yang dibayar secara automatik kepada yang layak untuk menerima bantuan ini sahaja berdasarkan data daripada pihak KWSP dan PERKESO.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat yang lebih terperinci berkaitan dengan Bantuan Kehilangan Pekerjaan ini, anda boleh merujuk laman web seperti yang berikut:

Post a Comment

0 Comments