Tarikh Bagi Cuti Penggal Sekolah & Cuti Akhir Tahun Untuk Tahun 2021



Anda boleh merujuk kalender cuti umum Persekutuan/Negeri dan cuti penggal persekolahan bagi pelajar seluruh Malaysia sepertimana yang telah dilampirkan di dalam artikel ini. Ianya bertujuan untuk memudahkan perancangan bagi mengisi cuti akhir tahun anda nanti.

TARIKH CUTI PENGGAL SEKOLAH/CUTI AKHIR TAHUN 2021

Perincian bagi takwim persekolahan bagi tahun 2021 adalah seperti yang berikut. Ianya melibatkan sekolah-sekolah rendah dan menengah Kumpulan A dan Kumpulan B.

JADUAL YANG LENGKAP MENGENAI CUTI PENGGAL PERSEKOLAHAN 2021 - KUMPULAN A

Negeri-negeri Kumpulan A termasuklah kesemua sekolah di negeri Kedah, Johor, Terengganu dan juga Kelantan.

Cuti Akhir Tahun sesi 2021 bagi kumpulan A:
  • 10 Disember 2021 - 31 Disember 2022



JADUAL YANG LENGKAP MENGENAI CUTI PENGGAL PERSEKOLAHAN 2021 - KUMPULAN B

Negeri-Negeri Kumpulan B termasuklah seluruh sekolah di negeri Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Pulau Pinang, Perlis, Sarawak, Sabah, Selangor, Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Cuti Akhir Tahun sesi 2021 bagi kumpulan B:
  • 11 Disember 2021 - 31 Disember 2022



Kalendar yang berikut pula dilampirkan bersama Takwim Cuti Perayaan bagi Tahun 2021 KPM di bawah:



Anda juga boleh merujuk kalender kuda bagi taahun 2021 (Disember) yang telah disediakan seperti yang di bawah:



Kesemua sekolah di seluruh Malaysia hendaklah mematugi peruntukan cuti tambahan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sempena dengan perayaan utama bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan Tahun Baru Cina.

Diharapkan agar perincian cuti sekolah dan tarikh bagi perayaan yang telah dimaklumkan ini dapat memberi sedikit sebanyak panduan kepada semua masyarakat khususnya pelajar untuk merancang aktiviti tahunan pada tahun 2021 kelak.

Anda juga boleh merujuk jadual percutian daripada pihak Tourism Malaysia di bawah untuk merancang percutian anda bagi tahun 2021.



JADUAL HARI KELEPASAN AM NEGERI/PERSEKUTUAN







Nak tengok dengan lebih jelas boleh muat turun fail PDF di bawah:

JADUAL-CUTI-UMUM-PERSEKUTUAN-NEGERI-2021 Download
Tarikh Pengoperasian Sekolah 2022
Seperti yang diumumkan sebelum ini, Dr Radzi turut memaklumkan bahawa sesi persekolahan tahun 2021 akan dilanjutkan sehingga ke Mac 2022.
Ini bermaksud, murid-murid akan kekal berada dalam kelas masing-masing sehingga bulan Mac 2022.
Tempoh ini akan digunakan untuk mengukuhkan kefahaman dan menguasai topik-topik yang ketinggalan pada tahun ini akibat wabak.
Manakala, murid Tahun 1 2022 akan mula masuk ke sekolah pada bulan Mac 2022



Pengumuman bagi tarikh akhir sesi 2021 berkenaan akan dimaklumkan kelak oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dalam masa yang terdekat.

Ayuh sama-sama kita merancang percutian anda dengan lebih awal untuk mengelakkan daripada berlakunya kesesakan. Jangan lupa untuk patuhi SOP yang telah ditetapkan.

Selamat bercuti!

Post a Comment

0 Comments