Senarai Bantuan Kerajaan Untuk Rakyat Dalam Belanjawan 2022



RUMUSAN KESELURUHAN TENTANG INTIPATI BELANJAWAN 2022

YB Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz selaku Menteri Kewangan akan membuat pembentangan Belanjawan/Bajet 2022 pada hari Jumaat ini, 20 Oktober 2021, bermula tepat pada pukul 4.00 petang.

Bajet 2022 yang dirangka ini berdasarkan suasana atau senario dalam negara yang sedang berpindah ke fasa pemulihan daripada masalah COVID-19 dan keperluan utama seluruh rakyat Malaysia pada ketika ini.


Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia turut memberikan jaminan program sokongan dan bantuan ini akan diteruskan. Hal ini bertujuan untuk memulihkan keadaan kesan daripada jangka panjang pandemik terhadap struktur ekonomi dan kesihatan awam di negara kita.

Terdapat beberapa Belanjawan 2021 yang telah diumumkan baru-baru ini. Antaranya ialah:
  • Geran Khas Prihatin 4.0.
  • Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
  • e-Belia PEMERKASA : Kredit RM150 e-Wallet.
  • Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP).
  • SIP Prihatin.
  • Program Jaringan Prihatin B40.
dan banyak lagi.

Berikut merupakan perkongsian serba sedikit mengenai rangka untuk Bajet 2022 dan salah satu bantuan yang menjadi perhatian dalam pembentangan nanti.


MATLAMAT BAJET 2022

Diantara bantuan yang menjadi fokus utama dan menarik perhatian dalam Bajet 2022 pada kali ini termasuklah elaun persekolahan, perumahan mampu milik serta bil utiliti dan rebat internet.

Kerajaan memfokuskan pada 3M iaitu memulih kehidupan masyarakat (recovery), membina semula daya tahan (resilience) dan memangkin  pembaharuan negara (reform).
  • Memulih dan Melindungi Kehidupan serta Sumber Pendapatan.
  • Membina Semula Daya Ketahanan Negara dalam menempuh cabaran.
  • Memangkin kepada pembaharuan yang lebih maju.
Kerjaan juga turut dijangka akan memperuntukkan sejumlah wang yang lebih tinggi untuk Bajet 2022 berbanding dengan tahun yang sebelumnya.

Bagi rakyat yang terkesan disebabkan oleh pandemik COVID-19 yang melanda negara kita pada ketika ini, anda tidak perlu risau kerana kerajaan akan terus komited untuk memberikan bantuan yang lebih khusus serta berusaha untuk memulihkan sektor ekonomi negara.

1. BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) 

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) diperkenalkan melalui Belanjawan 2022 dan bantuan berupa wang tunai ini ditambahbaik lagi berbanding dengan bantuan kewangan yang disalurkan sebelumnya agar ia dapat mencakupi lebih ramai penerima yang layak.

Jumlah bantuan yang diperuntukkan adalah seperi yang berikut:

KATEGORI 1
  • Mempunyai lebih daripada 3 anak.
  • Bantuan sebanyak RM2000
  • Pendapatan isi rumah RM2500 kebawah.


KATEGORI 2
  • Mempunyai 1-2 anak: Bantuan RM1500
  • Tiada anak: RM1000
  • Pendapatan isi rumah RM2500 keatas dalam tempoh sebulan.


KATEGORI 3
  • Bantuan sebanyak RM500
  • Iubapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
  • Pendapatan isi rumah sehingga RM5000 sebulan.


KATEGORI 4
  • Bantuan sebanyak RM300 untuk warga emas.


2. KELAYAKAN PENDAPATAN PENERIMA JKM DINAIKKAN

Berbanding jumlah sebanyak RM980 sebelum ini, ianya telah dinakkan kepada RM1,169 bagi Syarat Kelayakan Kebajikan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terikini.

Bagi mereka yang mempunyai pendapatan di bawah RM1,169, anda layak untuk memohon bagi mendapatkan bantuan alternatif melalui 11 Skim Kebajikan JKM


3. BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 

Bantuan Awal Persekolahan anak-anak telah dinaikkan daripada RM100 pada tahun lalu kepada RM150 bagi tahun 2022.

4. DISKAUN PTPTN

Intipati dalam Bajet 2022 yang diumumkan juga ada inisiatif untuk mengembalikan diskaun bayaran balik PTPTN iaitu:
  • Diskaun 12% bayaran > 50% baki hutang dalam sekali bayaran
  • Diskaun 15% baki hutang penyelesaian penuh.
  • Diskaun 10% bayaran balik dari potongan gaji/debit mengikut jadual.
Diskaun yang berikut akan mula diberikan pada 1 November 2021 sehingga 30 April 2022.

5. INSENTIF KHAS ALAT BANTUAN MENGAJAR

Buat pertama kalinya, bajet yang dibentang pada kali ini menyediakan Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar secara satu kali bayar kepada lebih 400,000 guru sekolah KPM yang berjumlah RM100.


6. BONUS UNTUK PENJAWAT AWAM

Kerajaan turut mengumumkan tentang Bantuan Khas Kewangan RM700 kepada lebih 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah serta sejumlah RM350 kepada satu juta pesara di dalam kerajaan.

Selain daripada itu, terdapat pelbagai lagi inisiatif dan juga bantuan yang diumumkan di dalam Bajet 2022 yang akan dikemaskini kelak.

LAIN-LAIN INISIATIF & BANTUAN

  • Kerajaan menyediakan RM80 juta di bawah Program Kasih Suri Keluarga Malaysia beri perlindungan sosial kepada suri rumah dan balu melalui caruman PERKESO dan KWSP.
  • Pengedaran secara percuma kit asas kebersihan diri setiap bulan kepda 130,000 remaja wanita golongan  B40.
  • Kerajaan turut menyediakan jaminan sehingga RM2 billion kepada bank melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan bagi memberi akses pembiayaan kepada pekerja gig, petani dan pengusaha kecil untuk membeli rumah.
  • Bagi meningkatkan wang dalam tangan bagi rakyat, KWSP akan melanjutkan tmepoh pengurangan kadar caruman minimum KWSP daripada 11% kepada 9% sehingga bulan Jun 2022.
  • Sejumlah RM30 juta turut diperuntukkan bertujuan untuk memperluaskan i-Saraan dalam menggalakkan pekerja sektor informal menabung untuk persaraaan, memanfaatkan 100,000 peserta.
  • RM11 juta Subsidi Ujian mammogram dan ujian saringan kanser seviks kepada golongan wanita.
  • RM300 juta bagi Program e-Start - Kredit RM150 one-off kedalam akaun e-dompet belia berumur 18-20 tahun serta pelajar sepenuh masa di IPT.


MAKLUMAT YANG LEBIH TERPERINCI MENGENAI BELANJAWAN BAJET 2022

Untuk maklumat terkini mengenai bantuan-bantuan yang akan disalurkan kepada masyarakat melalui Belanjawan 2022, anda boleh merujuk:


Post a Comment

0 Comments