TEKUN Nasional : Cara Untuk Memohon Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro Akibat Wabak Covid-19



PENGENALAN 

Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro TEKUN Nasional (CBRM) adalah skim pembiayaan mikro bagi usahawan yang terjejas kesan daripada wabak Covid-19 untuk memulih dan memulakan semula perniagaan sedia ada.

CBRM adalah skim pembiayaan mikro yang menyediakan pembiayaan suntikan modal pusingan kepada usahawan TEKUN sedia ada dan usahawan mikro yang terjejas kesan akibat wabak Covid-19.



SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK MEMOHON SKIM INI?

Usahawan mikro yang memenuhi kriteria di bawah : 

  • Usahawan mikro yang perniagaan mereka terjejas akibat wabak Covid-19.
  • Warganegara Malaysia (Bumiputera/India).
  • Perniagaan dijalankan secara sepenuh atas separuh masa.
  • Mempunyai tempat perniagaan yang khusus.
  • Mempunyai pendaftaran SSM atau Permit PBT (Lesen Penjaja).
  • Tidak disenarai hitam dengan institusi kewangan lain.
  • Bebas daripada sebarang tindakan undang-undang dan kebankrapan.
  • Mempunyai rekod bayaran balik yang baik dengan TEKUN Nasional (untuk usahawan yang sedia ada).
Jenis sektor yang layak untuk memohon Skim CBRM ini adalah terbuka kepada semua sektor perniagaan yang patuh syariah.

BERAPAKAH AMAUN PEMBIAYAAN YANG DITAWARKAN DI BAWAH SKIM CBRM?


  • Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro Tekun Nasinal adalah (RM1,000.0 - RM10,000.0)
  • Tempoh bayaran balik pembiayaan maksima sehingga 3 tahun (36 bulan) dan penangguhan 6 bulan

BERAPA LAMAKAH TEMPOH PEMBIAYAAN SKIM CBRM?

Sehingga tempoh maksima 3 tahun dan tempoh penangguhan 6 bulan. Kadar keuntungan bagi Skim CBRM ini adalah 0% (tiada caj)

PERMOHONAN 

Usahawan boleh menghantar permohonan Skim CBRM di sini




Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai permohona Skim CBRM boleh menghubungi TEKUN Nasional.

03-9059-8888 (9 pagi - 5.00 petang / hari bekerja sahaja) 

Sumber : TEKUN Nasional 

Post a Comment

0 Comments