Cara Memohon Pakej Bantuan Prihatin Nasional Untuk Pelajar Sebanyak RM200 ONE-OFF



PRIHATIN yang diumumkan YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020 adalah bantuan secara one-off RM200 kepada setiap pelajar sepenuh masa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) meliputi pelajar matrikulasi, Kolej Komuniti, Politeknik serta Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.



Kementerian Kewangan dengan sukacitanya memaklumkan bahawa bantuan tersebut diperluaskan kepada pelajar tingkatan enam, pelajar diploma dan yang setara, termasuk di institusi di bawah Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan serta MARA.

SIAPAKAH YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN ONE-OFF

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa pada 31 Mac 2020 di
  3. Institusi pendidikan di Malaysia seperti berikut ;

  • Pelajar IPT di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT),Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan kementerian yangberkaitan di pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuk KolejKomuniti, Politeknik, Universiti Awam (UA) dan Institusi PendidikanTinggi Swasta (IPTS)
  • Pelajar institusi pendidikan yang setara dengan Tingkatan 6, SeniorMiddle 3, Sijil Tinggi Agama (STAM), Diploma Kolej Vokasional,Diploma dan setara institusi TVET, Matrikulasi, Pengajian Asas(Foundation), Asasi, A-Level, International Baccalaureate Diploma,Australian Matriculation (AUSMAT) Diploma, Diploma Lanjutan,Sarjana Muda dan setaraf, Sarjana dan setaraf, Doktor Falsafah dansetaraf, serta kursus bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf olehKerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia;
  • Pelajar IPT di bawah seliaan Kementerian Pendidikan danKementerian Pengajian Tinggi atau IPT yang telah berdaftar di bawahakta-akta yang berkuatkuasa.
  • Pelajar IPT diploma atau setara termasuk pelajar sepenuh masaSKM4 dan ke atas di institusi di bawah seliaan Kementerian SumberManusia, Kementerian Belia dan Sukan serta KementerianPembangunan Luar Bandar/ MARA


CARA MEMBUAT SEMAKAN UNTUK MENERIMA BANTUAN

CARA MENYEMAK STATUS KELAYAKAN
  • Kesemua pelajar boleh menyemak status kelayakan masing-masing melalui pegawai di Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik / Unit Hal Ehwal Pelajar/ Unit Pembangunan Pelajar di IPT masing-masing.
APAKAH YANG HARUS DIBUAT OLEH PELAJAR SEKIRANYA PELAJAR LAYAK



Pelajar diminta menghubungi Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik / Unit
Hal Ehwal Pelajar / Unit Pembangunan Pelajar di institusi masing-masing untuk
mengemaskini dokumen / maklumat-maklumat berikut :
  • Salinan kad pengenalan
  • Nombor akaun bank dan nama bank
  • Salinan penyata / buku bank (muka surat yang mempunyai nombor akaun bank)
  • Nombor telefon bimbit / emel
CARA BANTUAN INI DISALURKAN



  1. Bantuan akan disalurkan kepada pelajar yang layak melalui akaun bank masing-masing
  2. Pemberian bantuan pada hujung bulan April 2020 oleh institusi masing-masing.
  3. Semakan boleh dibuat :-
  • Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik
  • Unit Hal Ehwal Pelajar
  • Unit Pembangunan Pelajar di Institusi masing-masing.

Untuk maklumat lebih jelas ( BANTUAN PRIHATIN NASIONAL )

Post a Comment

2 Comments