Anda Boleh Tuntut Duit MC Atau Cuti Sakit Dari PERKESO. Ikuti Langkah-Langkah Nak Buat Tuntutan



Untuk pengetahuan umum, di bawah PERKESO wujudnya Skim Bencana Pekerjaan (Employment Insurance Scheme - EIS) dan Skim Keilatan (Invalidity Scheme). Kedua-dua ini pasti akan terpapar dalam slip gaji kita kalau dilihat secara terperinci. Itu pun jika kita berumur 60 tahun dan ke bawah.

Dengan adanya Skim ini, kita boleh membuat tuntutan dari PERKESO dalam situasi yang tertentu. Terdapat beberapa situasi yang membolehkan kita membuat tuntutan. 




Apakah juga termasuk jika kita MC dan tidak mampu berkerja?

Tuntutan Dari Skim Bencana Pekerjaan

Skim Bencana Pekerjaan membolehkan anda membuat tuntutan jika;

  • Diberhentikan Kerja (Atas sebab-sebab yang ditetapkan)
  • Meninggal Dunia (Waris akan menerima jumlah tuntutan)
  • Kemalangan atau MC (Cuti Sakit)
Syarat-Syarat Untuk Claim Tuntutan Jika MC (Cuti Sakit)

PERKESO memberikan kita manfaat ataupun faedah jika kita mengalami kemalangan atau kecederaan. Tapi, harus kita ingat bahawa bukan semua jenis MC atau Cuti Sakit yang membolehkan kita membuat tuntutan. 



Berikut adalah syarat-syarat yang membolehkan kita membuat tuntutan ;
  1. Kemalangan atau kecederaan menimpa ketika kita berada dalam perjalanan ke tempat kerja dari rumah.
  2. Kemalangan atau kecederaan menimpa ketika dalam perjalanan untuk urusan kerja sepeti berjumpa client, menghantar barang dan sebagainya.
  3. Kemalangan atau kecederaan menimpa ketika berada dalam perjalanan dari tempat kerja ke tempat rehat / Lunch break.
  4. Mendapatkan rawatan di klinik panel yang berdaftar atau klinik dan hospital kerajaan.
Faedah Hilang Upaya Sementara Bagi Mereka Yang MC (Cuti Sakit)

Kita juga boleh mendapatkan Faedah Hilang Upaya Sementara sekiranya MC atau mengambil cuti sakit. Namun, syarat-syarat adalah seperti berikut.
  • Kecederaan yang menyebabkan kita tidak mampu berkerja sekurang-kurangnya 4 hari. 
  • Tiada hari yang kita pergi ke pejabat sepanjang tempoh 4 hari tersebut.
  • Penyakit yang berlaku adalah kesan daripada pekerjaan kita (Contoh penyakit ASMA akibat terdedah dengan bahan kimia)
Faedah Hilang Upaya Sementara ini akan membayar kira-kira 80% daripada jumlah gaji harian. Kita akan menerima jumlah bayaran harian bagi tempoh 4 hari kita bercuti. Boleh rujuk dengan lebih lanjut di Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969

Ingin diingatkan bahawa, penyakit-penyakit seperti demam, cirit birit, sakit kepala dan lain-lain yang bukan disebabkan oleh pekerjaan tidak membolehkan kita untuk membuat tuntuan. Hanya merujuk kepada penyakit yang disebabkan oleh pekerjaan sahaja yang dibenarkan untuk kita membuat tuntutan.

Selepas membuat tuntutan MC (cuti sakit) kita juga berhak menyertai Program Return To Work (RTW). Program RTW ditubuhkan oleh PERKESO untuk membantu fungsi anggota badan agar kita dapat kembali berkerja semula dengan baik.

Post a Comment

3 Comments

  1. Suami saya mengalami patah tangan sewaktu hendak pergi kerja..terjatuh akibat licin dan dapat mc selama 57 hari.. adakah suami saya boleh claim mc dengan pihak PERKESO?

    ReplyDelete
  2. Saya patah ibu jari semasa hendak tutup pintu kereta . Sewaktu saya hendak pulang rumah selepas habis waktu bekerja ... Boleh saya claim socso ?

    ReplyDelete