Pihak Kerajaan Melaksanakan Inisiatif e-Kredit Tiket Penerbangan Murah Mulai Ogos 2023, Semak Sekarang!

Melalui Kementerian Pengangkutan, pihak kerajaan akan memperkenalkan sebuah inisiatif e-kredit khas untuk membantu pelajar Sabah dan Sarawak Institusi Pengajian Awam atau dikenali sebagai IPTA agar dapat pulang ke kampung sama ada sempena perayaan atau cuti semester.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata bahawa inisiatif e-kredit tiket penerbangan ini akan dilaksanakan pada bulan Ogos dan dijangka dilancarkan sebelum Hari Kemerdekaan.

Tambahan pula, pihak Kementerian Pengangkutan juga sedang membangunkan sistem berkenaan yang mana memerlukan langkah integrasi bersama dengan syarikat penerbangan yang terlibat.


"Mereka akan menerima satu bentuk e-kredit yang akan dimasukkan ke dalam akaun masing-masing untuk tujuan pembelian tiket kapal terbang dan sekiranya syarikat penerbangan ada menawarkan diskaun, ianya lebih berbaloi.

"Walaupun jumlahnya tidak banyak, namun bantuan ini merupakan suatu langkah permulaan untuk meringankan beban pelajar untuk pulang ke kampung semasa perayaan dan cuti semester," katanya semasa pelancaran MYAirline Double Take-Off yang berlangsung di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 pada Jumaat yang lalu.


Tambahnya lagi, pelajar Sabah dan Sarawak yang belajar di Semenanjung dianggarkan mencecah lebih 50,000 orang. Kebanyakkan daripada mereka kurang berkemampuan untuk membeli tiker penerbangan pulang ke kampung halaman masing-masing dan berharap inisiatif ini dapat digunakan dengan sebaik mungkin.

Post a Comment

0 Comments