Bantuan Sara Hidup (BSH) RM300: Langkah untuk Memohon & Syarat Kelayakan, Semak Sekarang!

Terdapat pelbagai jenis bantuan yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan dengan bertujuan untuk membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan juga kumpulan sasar masing-masing.

Salah satu bantuan tersebut adalah Bantuan Sara Hidup (BSH).

Maklumat lanjut berkaitan dengan bantuan ini adalah seperti yang berikut:

BANTUAN SARA HIDUP (BSH)

Bantuan Sara Hidup (BSH) ini adalah merupakan suatu bantuan kewangan secara bulanan yang diberikan kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mana bertujuan untuk meringankan beban sara hidup harian mereka.

Selama 3 tahun dari bulan pembayaran pertama dibuat akan dikuatkuasakan bagi setiap permohonan yang diluluskan. Permohonan tersebut dinilai semula dalam tempoh 3 tahun tersebut. Ia adalah untuk memastikan sama ada veteran ATM atau penerima BSH ini masih layak untuk diteruskan bayarannya atau sebaliknya.

Veteran ATM boleh mengemukakakn permohonan bagi melanjutkan bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) ini sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tamat tempoh 3 tahun ini.


SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan untuk mendapatkan Bantuan Sara Hidup (BSH) ini adalah seperti yang berikut:
  • Veteran ATM (Tanpa mengira tempoh perkhidmatan)
  • Merupakan bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
  • Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib.
  • Balu yang berkahwin semula adalah tidak layak.
  • Bekas asli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah dengan sepenuh masa.
  • Bekas tentera British yang berkhidmat di Malaya/Malaysia atau Singapuran termasuk dengan Ranger di Sarawak.
  • Had umur yang layak untuk dipertimbangkan BSH adalah 60 tahun dan ke atas dengan pendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinian (PGK)
  • Anak yatim piatu hendaklah berumur kurang daripada 18 tahun dan di bawah 21 tahun sekiranya masih melanjutkan pelajaran. Sekiranya ia cacat kekal, tiada syarat umur.
  • Faktor kesihatan atau penyakit yang menghalang pekerjaan (dengan pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan), bilangan anak yang bersekolah atau melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi juga boleh dipertimbangkan pemberian BSH.

KADAR BANTUAN SARA HIDUP (BSH)

Kadar bantuan ini adalah sebanyak:
  • RM300 dalam tempoh sebulan.

LANGKAH MEMBUAT PERMOHONAN

Cara untuk membuat sebarang permohonan adalah seperti yang berikut:
  • Muat turun dan lengkapkan borang - Borang Skim Bantuan Kebajikan
  • Borang permohonan seharusnya diisi sendiri oleh pemohon atau warisnya. Semua keterangan dan juga butir-butir yang diberikan hendaklah tepat, betul dan benar. Pemohon bertanggungjawab atas segala maklumat yang telah diberikan.
  • Kesemua permohonan mesti dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri mengikut negeri masing-masing.
  • Permohonan akan disiasat bagi tujuan untuk mengesahkan maklumat yang diberikan. Permohonan tersebut akan dipertimbangkan untuk kelulusan oleh Jawatankuasa Kebajikan dan juga Kemudahan Perubahan (JKKP).
  • Semakan status permohonan kebajikan (JHEV) - Semakan Permohonan


MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahu sebarang maklumat lanjut berkaitan dengan bantuan ini, anda boleh menghubungi kakitangan JHEV di Ibu Pejabat dan Cawangan Negeri atau di talian 03-2050 8000

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Post a Comment

0 Comments