TERKINI: Bantuan i-Sejahtera Sebanyak RM200 Dibayar Pada Tahun Hadapan, Jom Semak Kelayakan Anda Sekarang!

Untuk makluman anda semua, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan. Tujuannya adalah untuk meringankan beban rakyatnya tidak kira daripada kerajaan negeri ataupun kerajaan persekutuan. Salah satu bantuan yang diperkenalkan tersebut ialah Bantuan i-Sejahtera.

i-Sejahtera ini merupakan sistem yang telah dibangunkan bagi menyalurkan penghargaan serta pengurusan kebajikan dari kerajaan negeri kepada rakyat.

Pusat Khidmat (KADUN) dan Parlimen, Orang Awam, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN), Pejabat Masyarakat Penyayang, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM dan PKMD) dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) telah menggunakan sistem i-Sejahtera ini bagi pengurusan program-program kebajikan negeri pada masa yang akan datang.

Bantuan ini kami akan kongsikan di halaman utama mkerjaya.com

BANTUAN i-SEJAHTERA SEBANYAK RM200

Antara 2 program yang terdapat dalam bantuan in adalah:
  • Program Bantuan OKU: RM200
  • Program Penghargaan Warga Emas: RM200

SYARAT KELAYAKAN UNTUK MENDAPATKAN BANTUAN I-SEJAHTERA RM200

Program Bantuan OKU:
  • Pemohon hendaklah seorang warganegara Malaysia.
  • Pemohon hendaklah menetap di Negeri Pulau Pinang.
  • Pemohon mestilah seorang OKU yang berdaftar dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Program Penghargaan Warga Emas:
  • Pemohon mestilah berumur 60 tahun ke atas pada tahun semasa mendaftar.
  • Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.

LANGKAH UNTUK MEMOHON BANTUAN I-SEJAHTERA RM200

Untuk makluman anda semua, sekiranya anda ingin membuat pendaftaran, anda boleh melakukannya melalui atas talian. Pendaftaran tersebut boleh dilakukan dengan cara melayari laman web i-Sejahtera di laman yang berikut:
Untuk pembayaran bantuan ini, ianya akan dijalankan dari semasa ke semasa.

Pemohon akan menerima bantuan i-Sejahtera ini pada tahun yang sama anda membuat pendaftaran. Namun, pemohon hendaklah memastikan agar pendaftaran adalah lengkap dan disahkan sebelum 30 Jun setiap tahun.

Manakala, permohonan yang dibuat selepas 30 Jun, pemohon bakal menerima bayaran caruman pada tahun yang berikutnya.

Post a Comment

0 Comments