TERKINI: Bantuan Sebanyak RM150 Tanpa Kira Pendapatan Ibu Bapa, Ini Cara Membuat Permohonan!

Dalam usaha pihak kerajaan untuk meringankan beban mereka yang memerlukan, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan.

Melalui Bajet 2022 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul di dewan rakyat pada 7 Oktober 2022, kita dapat melihat pelbagai jenis bantuan yang dikemukakan.

Ianya disebabkan pihak kerajaan telah meluluskan untuk meneruskan Bantuan Awal Persekolahan atau lebih dikenali sebagai BAP dengan jumlah yang telah dinaikkan dari RM100 sebelumnya kepada RM150.

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) RM150

Tanpa mengira had pendapatan ibubapa, semua murid akan menerima bantuan kewangan ini secara one-off.

Sebelum ini, Bantuan Awal Persekolahan ini hanya disalurkan kepada murid yang ibubapanya berpendapatan RM3,000 dan ke bawah.

Dengan adanya penambahbaikan ini, setiap anak yang bersekolah layak untuk mendapatkan RM150 bagi setiap seorang. Sekiranya sebuah keluarga tersebut mempunyai tiga orang anak yang bersekolah, jumlah keseluruhan yang akan diterima adalah sebanyak RM450.

TARIKH BAYARAN BAP

Pada bulan Januari tahun hadapan, pembayaran untuk bantuan ini akan dilaksanakan dengan peruntukan yang disediakan sebanyak RM825 juta.

Post a Comment

0 Comments