RASMI: Tarikh Bayaran BKM Tambahan RM500 Telahpun Diumumkan, Semak Sekarang!

Bantuan Keluarga Malaysia atau lebih dikenali sebagai BKM merupakan sebuah bantuan tunai daripada pihak kerajaan yang dikhususkan kepada golongan yang memerlukan. Ianya adalah untuk meringankan beban dan menampung kos sara hidup bagi mereka yang mempunyai pendapatan yang rendah. BKM ini telah diumumkan pada Bajet 2022 dan akan memberikan faedah kepada semua isi rumah B40 & M40, warga emas dan juga bujang.

BKM ini akan dilakukan secara berperingkat yang mana melibatkan 4 fasa dalam setahun. Untuk setiap fasa tersebut, kadar bayaran yang diberikan kepada penerima adalah berbeza mengikut kategori. Di samping itu, kerajaan juga turut menyediakan bayaran tambahan BKM kepada beberapa kategori yang layak untuk mendapatkan bantuan ini.

KADAR BAYARAN BKM TAMBAHAN

Penerima yang berikut adalah golongan yang akan menerima kadar tambahan Bantuan Keluarga Malaysia:
  • Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat.
  • Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus warga emas yang mempunyai anak menepati syarat.

SEMAK KELAYAKAN BKM TAMBAHAN

Jika anda ingin mengetahui sama ada anda layak untuk menerima bantuan BKM Tambahan ini atau tidak, anda boleh membuat semakan secara atas talian melalui laman web khas Bantuan Keluarga Malaysia. Langkah untuk membuat semakna adalah seperti yang berikut:
  • Pergi ke laman https://bkm.hasil.gov.my/account/Login.aspx
  • Kemudian, anda perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan klik 'Semak'.
  • Sahkan kata kunci keselamatan anda dan klik 'YA' sekiranya betul.
  • Setelah itu, masukkan kata laluan yang didaftarkan sebelum ini dan klik 'Log Masuk'.
  • Klik 'Semakan Status' untuk semak status permohonan.
  • Status permohonan beserta jumlah bayaran bantuan diluluskan atau dipaparkan.

Sekiranya tiada maklumat yang berkaitan dengan BKM Tambahan dipaparkan pada halaman anda, ianya bermakna anda tidak layak untuk mendapatkan bayaran BKM Tambahan ini.

TARIKH BAYARAN BKM TAMBAHAN

Untuk makluman anda, tarikh pembayaran kepada mereka yang layak untuk mendapatkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Tambahan ini adalah seperti yang berikut:
  • Fasa 1: 28 Mac 2022
  • Fasa 2: 27 Jun 2022
  • Fasa 3: 20 September 2022 (Pengkreditan dilakukan secara berperingkat)
  • Fasa 4: Dijangka akan dikreditkan bermula 15 November 2022 ini.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk makluman yang lebih lanjut berkaitan dengan bantuan ini, anda boleh melayari laman sesawang https://bkm.hasil.gov.my/ Sebarang pertanyaan yang ingin diajukan boleh menghubungi talian BKK LHDNM yang berikut:
  • 1-800-88-2747

Post a Comment

0 Comments