Tarikh Bagi Pembayaran BKM Fasa 3 2022!



Perdana Menteri Malaysia, Dato' Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan hampir 8 juta penerima BKM akan menerima imbuhan pada hujung bulan Mac kelak dengan implikasi kewangan yang berjumlah RM8.2 billion ringgit.

"BKM telah ditambahbaik daripada bantuan tunai langsung yang disalurkan sebelum ini. Nilai bantuan tersebut ditambah mengikut klasifikasi jumlah anak bagi seisi rumah yang tidak mempunyai anak, seorang hingga dua orang anak dan yang mempunyai tiga orang anak ataupun lebih serta memperkenalkan kadar tambahan untuk kategori isi rumah yang terhad kepada warga emas dan ibu atau bapa tunggal (IBT)", katanya.

Jumlah bantuan BKM Fasa 2 adalah seperti yang berikut:

JUMLAH BANTUAN BKM ISI RUMAH 2O22

Untuk makluman anda,pembayaran bagi BKM Fasa 2 ini akan melibatkan kategori isi rumah dan juga warga emas, bujang / tiada pasangan yang mana akan mendapatkan bayaran sebanyak RM100 sehingga RM400 mengikut kelayakan setiap penerima. Bantuan ini akan diberikan berdasarkan empat kategori berikut melalui Pembentangan Bajet 2022.

Isi Rumah RM2,500 - RM5,000:
RM800: Lebih 3 orang anak.
RM600: 1-2 orang anak.
RM400: Tiada anak.

Isi Rumah RM2,500 dan kebawah:
RM2,000: Lebih 3 orang anak.
RM1,500: 1-2 orang anak.
RM1,000: Tiada anak.

Tambahan Kadar Isi Rumah:
RM300: Warga Emas.
RM500: Ibu/Bapa tunggal dengan tanggungan.

JUMLAH BAYARAN DALAM BKM FASA 3 BAGI SETIAP KATEGORI

Jumlah bayaran untuk Fasa 3 adalah seperti yang berikut:




SYARAT KELAYAKAN YANG HARUS DIPATUHI BAGI PEMOHON ISI RUMAH BKM

Syarat kelayakan untuk membuat permohonan bagi bantuan ini adalah seperti yang berikut:
  • Ibu bapa tunggal/ balu/ janda / duda yang mempunyai anak yang menepati syarat
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah
  • Sudah Berkahwin

TARIKH PEMBAYARAN BKM FASA 3

Bagi pemabayaran BKM Fasa 3 ini, dijangka akan dibuat pada 27 September 2022 dan akan mula untuk dikreditkan secara berperingkat seperti Fasa 1 dan Fasa 2 yang dibuat sebelum ini.

CARA UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN BKM

Untuk makluman anda, data penerima BPR 2021, BKC B40 beserta dengan data pemohon BPR 2021 yang tidak diluluskan atas alasan menerima GKP akan dibawa secara terus ke dalam sistem BKM bagi tujuan semakan kelayakan.

Namun, sekiranya tiada rekod di dalam pangkalan data sedia ada LHDNM, anda hendaklah membuat permohonan yang baharu bagi BKM. Bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat pula, anda hendaklah membuat pengemaskinian dalam rwmpoh yang telah ditetapkan.

Pemohon boleh membuat permohonan di:

TARIKH PERMOHONAN / RAYUAN BKM

Rayuan permohonan BKM telah dibuka pada 2 Mei 2022 sehingga 2 Jun 2022 yang lalu bagi mereka yang tidak menerima BKM.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan pembentangan Bajet 2022 yang lalu, anda bolehlah melayari laman web Kementerian Kewangan Malaysia di pautan yang tertera:

Post a Comment

0 Comments