Tawaran Diskaun Saman PDRM Sebanyak 30% Kepada Seluruh Rakyat Malaysia!

Anda seharusnya tidak melepaskan peluang untuk membayar saman dengan penawaran diskaun sebanyak 30% bagi saman yang terpilih. Ianya sempena Ekspo Kerjaya JAMINANKERJA Keluarga Malaysia yang mana akan berlangsung pada 23 hingga 27 Julai 2022 ini bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur (WTCKL).

Sekiranya anda ingin mendapatkan diskaun ini, berikut merupakan maklumat yang lebih lanjut:


APAKAH DISKAUN SAMAN JAMINKERJA KELUARGA MALAYSIA?

Diskaun Saman JAMINKERJA Keluarga Malaysia ini merupakan pengurangan kadar kompaun sama yang ditawarkan kepada kesalahan yang terpilih bagi seluruh Malaysia dalam kadar yang berikut:
  • PDRM - 30%

TEMPOH TAWARAN DISKAUN

Tempoh tawaran diskaun bagi bantuan ini bermula 26 dan 27 Julai 2022 dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang. Ianya akan berlangsung selama 2 hari di Kaunter Bayaran Saman yang mana akan dibuka di tapak acara.

LANGKAH SEMAKAN SAMAN PDRM

Jika anda ingin membuat semakan berkenaan dengan saman PDRM, terdapat beberapa cara semakan saman-saman yang lalu dapat dilakukan secara atas talian:

Jom semua rakyat Malaysia, Jangan Lepaskan Peluang Keemasan ini!

Selain daripada itu, pelbagai program menarik yang diadakan seperti kaunter perkhidmatan pelbagai Kementerian dan Agensi terus kepada rakyat.

Mari kita sertai Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 pada 23 sehingga 27 Julai 2022 pada hari Sabtu hingga Rabu. Ekspo ini akan bertempat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Di samping itu, karnival ini juga akan mengadakan sesi temu duga dengan lebih daripada 30,000 peluang pekerjaan yang disediakan khas buat mereka yang sedang mencari pekerjaan. Sekiranya anda berminat, anda boleh mendaftar di www.myfuturejobs.gov.my/careerfair.

Jangan lepaskan peluang ini! Sila patuhi SOP yang terkini (Fasa Peralihan Ke Endemik).

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui maklumat  yang lebih lanjut berkaitan dengan karnival ini, anda boleh melayari media sosial rasmi yang berikut:

Post a Comment

0 Comments