Permohonan Rumah Mampu Milik B40 dan M40: i-Biaya

KUALA LUMPUR: Pada khamis ini, bantuan bagi pembiayaan perumahan Malaysia yang dikenali sebagai i-Biaya akan dilancarkan. Ianya menggariskan matlamat yang meningkatkan pemilikan kediaman khususnya dalam kalangan golongan M40, B40 dan pekerja sektor yang tidak berformat.

Bantuan ini merupakan salah satu usaha pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang mana digariskan di bawah Program Pemilikan Kediaman ataupun HOPE yang bekerjasama dengan pelbagai rakan strategik.


Datuk Azhar Ahmad selaku Timbalan Ketua Setiausaha KPKT (Perumahan dan Kesejahteraan Komuniti) berkata bahawa bantuan ini bukan sahaja membantu golongan berkenaan dalam mencakupi aspek permohonan pembiayaan, tapi ianya turut menyokong sasaran penyediaan sebanyak 500,000 rumah yang mampu milik menjelang 2025 kelak.

KOMPONEN I-BIAYA

Beliau berkata, terdapat tiga komponen di bawah i-Biaya ini iaitu Skim Jaminan Kredit Perumahan - Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP), Skim Rumah Pertamaku - Cagamas SRP Berhad dan Sewa untuk Beli (RTO) Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA).

"Pembiayaan merupakan suatu perkara yang amat penting kerana apabila rumah ada tetapi tiada kemudahan pembiayaan yang boleh diperoleh oleh para pembeli, ianya tidak lengkap dari segi prosesnya. Tidak ada pembeli dari golongan M40 mahupun B40 menghadapi masalah akses pembiayaan untuk mendapatkan pembiayaan tersebut.

"Salah satu faktor yang menyumbang adalah dari segi rekod kredit bakal pembeli ataupun pemohon yang lemah. Selain itu, tahap risiko yang tinggi dan ada juga dokumen yang tidak lengkap untuk menyokong atau pembayaran balik sepertimana yang dikehendaki oleh institusi kewangan.

"Ramai pembeli yang tidak berjaya dari segi permohonan mereka disebabkan oleh faktor yang tertentu. Oleh itu, Perdana Menteri Malaysia, Dato' Ismail Sabri Yaakob mengarahkan agar model itu dilihat dan mengkaji model pembiayaan yang baharu dan bersesuaian ataupun lebih fleksibel khususnya mereka yang tidak mempunyai slip gaji dan kerja yang tetap," katanya.

Beliau berkata sedemikian ketika sesi taklimat media sempena pelancaran i-Biaya di sini, hari ini.

RUMAH MAMPU MILIK GOLONGAN B40

Bantuan i-Biaya ini akan dilancarkan pada Khamis ini oleh Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican selaku Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersama dengan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz selaku Menteri Kewangan Malaysia.

Pada ketika ini, difahamkan terdapat 386,000 'stok' rumah yang mampu milik daripada sasaran 500,000 unit menjelang 2022 kelak bagi golongan M40 dan B40, sepertimana yang telah digariskan di dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

Hal ini menjadikan 77.2% stok rumah yang mampu milik tersedia sehingga tahun 2025, menurut Azhar. Yang selebihnya, pihak kerajaan bersama dengan pihak swasta akan mencari alternatif yang lain untuk menyediakan kemudahan tersebut.

Berkaitan dengan kaedah pembiayaan yang baharu, Azhar berkata bahawa pihaknya akan melihat dari segi digital footprint (jejak digital) atau kredit.

Beliau cakna terhadap individu yang permohonannya telah ditolak bagi mendapatkan bantuan ini dan pihaknya juga akan membantu golongan berkenaan melalui inisiatif yang sama.

SYARAT PEMILIKAN RUMAH I-BIAYA

"Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pernah menyebut bahawa ada dua perkara yang perlu dilihat iaitu seseorang itu ada keupayaan untuk membayar, dokumen cukup tiada masalah, penilaian kredit yang tinggi dan satu golongan yang boleh membayar tetapi tidak ada sebarang dokumen. Oleh itu, pihak bank tidak dapat untuk meneruskannya.

"Sebagai contoh seperti golongan (pekerja) gigi ekonomi yang pendapatannya ada tetapi ada kalanya bulan ini (pendapatannya) tinggi dan bulan yang berikutnya rendah.

"Kedua golongan seperti peniaga pasar malam, peniaga kecil-kecilan, penjaja, peniaga ikan dan sebagainya yang tidak mempunyai slip gaji setiap bulan tetapi mampu untuk membeli.

"Ini merupakan perkara yang perlu dilihat oleh Bank Negara supaya golongan ini mempunyai ruang bagi mendapatkan pembiayaan untuk membeli rumah," katanya.

Sumber: Berita Harian

Post a Comment

0 Comments