Tarikh Pembayaran & Jumlah Bayaran BKM Fasa 2, Semak Sekarang!


Adakah anda tahu bahawa pihak kerajaan telah pun mengeluarkan Jadual Pembayaran bagi BKM 2022. Ianya terbahagi kepada 4 fasa iaitu pada bulan yang berbeza. Fasa yang berikut ialah:
  • Mac.
  • Jun. 
  • September.
  • Disember.
Info ringkas tentang tarikh dan jadual rasmi pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022) adalah seperti yang berikut.

JADUAL PEMBAYARAN BKM 2022

Pembayaran untuk Bantuan Keluarga Malaysia terbahagi kepada 4 fasa pembayaran. Maklumat & jadualnya adalah seperti yang berikut:

Fasa 1
  • Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan.
  • 28 Mac 2022.
  • Isi Rumah.
  • Bujang.
Fasa 2
  • Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan.
  • Bulan Jun 2022.
  • Isi Rumah.
Fasa 3
  • Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan.
  • Bulan September 2022.
  • Isi Rumah.
  • Bujang.
Fasa 4
  • Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan.
  • Bulan Disember 2022.
  • Isi Rumah.
KADAR BAYARAN BANTUAN BKM 2022

Sebanyak RM2,000 amaun bantuan yang akan diterima. Kadar bayaran yang akan diterima mengikut kategori adalah seperti yang berikut:
  • Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan (<RM5,000)* : RM600.
  • Bujang (<RM2,500)* : RM350*Pendapatan Bulanan.
  • Ibu/Bapa tunggal (<RM5,000)* : RM5,000 tambahan.
  • Isi rumah (RM2,501 - RM5,000)* : RM400 - RM800.
  • Warga Emas (<RM5,000)* : RM3,000 tambahan.
  • Isi rumah (<RM2,500)* : RM1,000 - RM2,000.


TARIKH PEMBAYARAN

Bermula pada 15 Jun 2022, pembayaran BKM untuk Fasa 2 dijangka akan mula disalurkan. Ianya akan dikreditkan secara berperingkat dari semasa ke semasa. (Tertakluk kepada pindaan)


CARA UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN

Data pemohon BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data penerima BPR 2021 yang tidak diluluskan sebelum ini atas alasan menerima GKP akan dibawa secara terus ke dalam sistem Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bertujuan untuk verifikasi kelayakan.

Sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM, anda hendaklah membuat permohonan BKM yang baharu. Bagi penerima yang sedia ada dan mempunyai sebarang perubahan pada maklumat yang dikehendaki, mereka hendaklah mengemaskini dalam suatu tempoh yang ditetapkan.

Anda boleh malayari laman sesawang yang tertera untuk tujuan kemaskini dan juga permohonan online:
SEMAKAN STATUS BKM 2022

Anda boleh klik DI SINI sekiranya anda ingin melakukan semakan berkaitan dengan status permohonan BKM Fasa 1.

TEMPOH SEMAKAN STATUS DAN KEMASKINI BKM 2022

Bermula pada 1 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022 (1 bulan), tempoh untuk semakan status & kemaskini bagi permohonan yang baharu BKM 2022 akan dibuka.

MAKLUMAT LANJUT

Anda boleh rujuk DI SINI untuk maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan pembayaran & soalan lazim BKM.

Post a Comment

0 Comments