Cara Membuat Permohonan Bantuan Kanak-Kanak Sehingga RM1,000 Sebulan 2022



Untuk makluman anda, anda boleh memohon Bantuan Kanak-Kanak 2022 ataupun BKK sehingga RM1000 sebulan untuk satu keluarga. Bantuan ini khas untuk ibubapa ataupun penjaga yang mempunyai anak jagaan yang berumur 18 tahun dan ke bawah.

BANTUAN KANAK-KANAK 2022 (BKK)

Adakah anda tahu bahawa Bantuan Kanak-Kanak 2022 (BKK) merupakan suatu bantuan yang disalurkan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang mana khusus untuk membantu keluarga, penjaga serta kanak-kanak untuk meneruskan kelangsungan hidup dan mendapat jagaan yang lebih sempurna.

Datuk Seri Rina Binti Mohd Harun selaku Menteri Pembangunan Wanita telah mengumumkan kenaikan jumlah bantuan sehingga RM1000 berbanding sebelum ini yang mana hanya RM450.



SYARAT KELAYAKAN UNTUK MENDAPATKAN BKK 2022

Syarat-syarat yang harus dipatuhi adalah seperti yang berikut:
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
  • Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun (umur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga menengah atas sahaja).
  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.
LANGKAH UNTUK MEMOHON BKK 2022

Langkah untuk membuat permohonan BKK 2022 adalah seperti yang berikut:

Secara Online:
  1. Anda hendaklah melayari http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp
Secara Manual:
  1. Anda diminta untuk mencetak Borang Permohonan.
  2. Sekiranya terdapat kemaskini yang terbaru, cetak  Borang Kemaskini 
Anda diminta untuk membawa dokumen yang tertera ketika menghadirkan diri di pejabat JKM:
  • Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama.
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama.
  • Salinan kad pengenalan diri pemohon.
  • Salinan penyata gaji (jika ada).
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.
MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya terdapat sebarang permasalahan dan juga pertanyaan yang ingin diajukan dalam membuat permohonan ini, anda diminta untuk menghubungi:

Jabatan Kebajikan Masyarakat ataupun JKM di talian 03-8000 8000 atau anda boleh pergi ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat secara terus yang berdekatan dengan kediaman anda.

Semoga artikel ini dapat memberikan faedah dan memudahkan urusan kepada anda.

Post a Comment

0 Comments