Perbaharui/Renew Lesen Memandu Sebelum 30 Jun 2022


Shah Alam - Jabatan Pengangkutan Jalan atau lebih dikenali sebagai JPJ telah mengingatkan kepada kesemua individu yang mempunyai Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk segera memperbaharui lesen memandu mereka sebelum 30 Jun ini.

Hal ini melibatkan individu diluar sana yang telahpun diberikan pelanjutan tempoh yang mana berkuat kuasa atau tamat tempoh bermula 13 Januari 2021 yang lalu. Ianya dipetik daripada hantaran pihak JPJ di laman rasmi Facebooknya.

"Salah satu jenis lesen tersebut ialah Lesen Belajar Memandu (LDL) tamat dalam tempoh dua tahun boleh dibuat melalui Pejabat Pos dan juga JPJ."

"Lesen Vokasional (PSV/GDL) yang melebih tiga tahun dan Lesen Memandu Percubaan (PDL) yang melebihi satu tahun hanya di JPJ. Untuk Lesen Memandu Kompeten (CDL) yang telah melebihi tiga tahun pula, ianya boleh dibuat di Pejabat Pos, JPJ dan juga MyEG," dipetik daripada kenyataan yang dibuat pada hari Khamis.

Di samping itu, tujuan pembaharuan lesen itu adalah untuk mengelakkan mereka daripada mengambil ujian semula bagi memperbaharui lesen tersebut.

"Pihak JPJ boleh mengambil tindakan saman jika lesen tidak diperbaharui dalam tempoh yang diberi sehingga 31 Disember 2021."

"Pemilik boleh disama di atas kesalahan tiada lesen memandu sekiranya ditahan selepas 30 Jun 2022," kata kenyataan tersebut.

Sumber - sinarharian.com

Post a Comment

0 Comments