Kerajaan Ingin Menaikkan Gaji Minimum Bagi Tahun 2022




Keputusan pihak kerajaan yang ingin mengubah tangga gaji untuk rakyat Malaysia menghadapi kehidupan dengan lancar telah menjadi persoalan kepada rakyat pada hujang tahun 2021.

Berita yang tular berkaitan dengan gaji minimum untuk tahun 2022 ini telahpun diusulkan dan masih dalam proses rangkaan. 

Hal ini dikatakan demikian kerana pihak kerajaan haruslah mempersiapkan kemampuan negara terlebih dahulu untuk berhadapan dengan segala kesan terhadap sektor ekonomi yang berlaku setelah melaksanakan gai minimum terbaru.

Datuk Seri M Saravanan selaku Menteri Sumber Manusia berkata bahawa walaupun nilai sebenar bagai kadar yang terbaru itu belum lagi dimuktamadkan oleh mereka, beliau berpandangan bahawa perkara tersebut boleh dicapai sejurus sahaja mendapat persetujuan daripada Jemaah Menteri.

Tambahan lagi, beliau juga berkata bahawa secara peribadi, beliau dapat merasakan kadar gaji minimum baharu itu hendaklah diselesaikan secepat yang mungkin selain perlu dinaikkan. Namun begitu, hal ini tetap bergantung kepada keputusan daripada Jemaah Menteri itu sendiri.


BILAKAH TAHUN TERAKHIR GAJI MINIMUM DIUBAH?

Untuk makluman anda, kali terakhirgaji minimum dinaikkan adalah pada 1 Februari 2020. Oamya meningkat daripada RM100 daripada RM1, RM100 ke RM1,200 pada pembentangan bajet yang lalu.

“Kajian yang dilakukan juga sudah selesai. Kita sudah ada angka gaji minimum untuk dibawa sebagai cadangan dan akan diumumkan selepas dipersetujui Jemaah Menteri.

“Secara peribadi juga saya merasakan, gaji minimum sedia ada perlu dinaikkan walaupun ada pekerja swasta diberikan kadar lebih tinggi dari paras itu tetapi dalam kerajaan masih ada.

"Saya tidak boleh lagi menyatakan berkaitan dengan kadar gaji minimum yang telah dicadangkan oleh Pihak Kementerian Sumber Manusia. Namun, ia kelihatan masih di paras sekitar RM1,500 dan ke bawah."

Dalam masa yang sama, Tan Sri Soh Thain Lai selaku Presiden Persatuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) mengeluarkan kenyataan bahawa pengilang bimbang kesan yang akan berlaku sekiranya peningkatan gaji sebegitu akan berlaku pada mereka.

“Namun kami menerima jika kenaikan ini dilaksanakan secara beransur-ansur di bawah semakan gaji minimum semasa yang akan diputuskan Majlis Perundingan Gaji Negara."

Pada akhir tahun 2022 ini, gaji minimum sebanyak RM1,500 akan dilaksanakan. Pihak pengkaji menjangkakan pekerja di Malaysia akan menikmati penetapan kadar gaji minimum yang baharu iaitu pada nilai sekitar RM1,500 sebulan sebelum penghujung tahun ini.

Menurut Datuk Seri M Saravanan, beliau mengakui bahawa Malaysia kelihatan agak lewat dalam memutuskan perkara ini. Oleh sebab itu, pihak kementerian akan berusaha sedaya upaya agar hasrat ini akan dapat direalisasikan.

“Kita agak terlewat dalam perkara ini, namun kementerian sudah menyelesaikan kajian mengenai gaji baharu itu dan akan mengemukakan cadangan mengikut perundangan bagi menaikkan gaji minimum dari RM1,200 dan semuanya kini bergantung kepada Jemaah Menteri.”

Terdapat sesetengah majikan yang mengambil inisiatif untuk menaikkan gaji pekerjanya sendiri walaupun kerajaan masih belum menaikkan kadar gaji minimum selama beberapa tahun kebelakangan ini.

Post a Comment

0 Comments