Panduan Permohonan Bantuan Kuarantin RM100 Sehari Bagi Tahun 2022




Adakah anda tahu bahawa NADMA merupakan salah satu Agensi Pengurusan Bencana Negara Jabatan Perdana Menteri Kerajaan Malaysia. Agensi ini berfungsi bagi membantu rakyat Malaysia yang mana terjejas disebabkan oleh pandemik ini.

Sekiranya anda pernah dijangkiti oleh wabak COVID-19 ini dan dirawat, anda boleh membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan secara one-off melalui NADMA.

Bagaimanakah caranya untuk membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan daripada NADMA ini? Berikut telah kami kongsikan kepada anda berkaitan dengan maklumat untuk memohon bantuan kuarantin sebanyak RM100 ini.


PERMOHONAN BANTUAN KUARANTIN RM100 SEHARI

Kepada merka yang menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk melakukan rawatan COVID-19, bantuan sebanyak RM100 akan diberikan.

Anda boleh menerima bantuan ini sebanyak RM100 sehari sehinggalah 14 hari (maksimum).

Untuk makluman anda, bantuan ini hanya akan disalurkan sekali sahaja iaitu secara one-off dalam tempoh penularan jangkitan COVID-19 dan tidak akan diberikan lagi sekiranya kes yang berulang.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RM100 SEHARI
  • Warganegara Malaysia yang bekerja tetap yang tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) atau mereka yang telah kehilangan sumber pendapatan disebabkan COVID-19.
  • Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh pengumuman Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi individu yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19.
PEMOHON YANG TIDAK LAYAK
  • Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian atau individu yang menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.
  • Tiada pekerjaan yang tetap sebelum Perintah Pengawasan dan Pemerhatian dikenakan.
  • Bukan warganegara Malaysia.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN

1. Muat turun dokumen-dokumen di laman web www.nadma.gov.my.
  1. Borang Permohonan Bantuan Khas COVID19 (Lampiran A)
  2. Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)
  3. Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C) *jika tiada akaun bank
2. Permohonan lengkap hendaklah dihantar melalui pos ke alamat NADMA yang berikut:
Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
52502 PUTRAJAYA
(u.p. : Sekretariat KWABBN) 
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
  • Salinan kad pengenalan (Salinan Diakui Sah).
  • Salinan penyata bank/muka depan buku akaun (Salinan diakui sah).
  • Borang Akaun Kehilangan Pendapatan seperti di Lampiran B (Dokumen asal).
  • Borang Permohonan Bantuan Khas COVID-19 seperti di Lampiran A (Dokumen asal).
  • Dokumen KKM (Salinan borang perintah Pengawasan dan Pemerhatian Kontak COVID-19, salinan borang pelepasan daripada pengawasan dan pemerhatian COVID-19, sijil cuti sakit.
SISTEM SEMAKAN STATUS BANTUAN KHAS COVID-19

Anda boleh melayari laman web yang berikut:
CARA BAYARAN

Kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap, bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT).

MAKLUMAT TAMBAHAN

Pihak NADMA mempunyai hak untuk memutuskan jumlah bantuan berdasarkan dokuemantasi yang telah dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Garis Panduan Bantuan RM100 Sehari NADMA

Post a Comment

0 Comments