Panduan Mohon Bantuan Kewangan RM1000 Bagi Golongan Belia Umur 18-30 Tahun 2022



Adakah anda tahu bahawa terdapat satu berita yang baik bagi kesemua golongan belia. Hal ini telahpun dibentangkan di dalam Bajet Belanjawan 2021 yang lepas. Dalam masa yang sama, pihak kerajaan juga  turut mengumumkan bantuan kepada golongan belia sebanyak RM1,000 bagi mereka yang berumur 18 hingga 30 tahun.

Untuk makluman anda semua, setiap majikan yang mempunyai pekerja dalam golongan belia yang berumur antara 18 hingga 30 tahun layak untuk memohon insentif sebanyak RM1,000 menerusi Program Perantisan bermula pada 1 Januari 2022 ini.

Sehaluan dengan itu, insentif yang disediakan ini juga turut akan memberikan peluang kepada para belia yang tidak mempunyai pekerjaan dan masih menganggur untuk menambah lagi pengalaman dalam bekerja. Hal ini adalah untuk meningkatkan mutu kemahiran melalui on-the-job-training.

Anda hendaklah mengikuti segala artikel yang telah disediakan oleh pasukan mKerjaya di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan bantuan yang akan disalurkan ini.

TUJUAN BANTUAN

Tujuan bantuan ini diwujudkan adalah untuk membuka peluang kepada golongan belia/penganggur yang tidak mempunyai sebarang kerja yang tetap. Ianya juga bertujuan untuk membantu para belia menambah lagi pengalaman mereka dalam pekerjaan dan meningkatkan lagi mutu kemahiran dalam melakukan suatu bidang pekerjaan melalui on-the-job-training.

MAKLUMAT BANTUAN 

Insentif/bantuan yang akan diterima oleh majikan/perantis dalam program ini adalah seperti yang berikut:
  • Gaji/elaun menimum adalah sebanyak RM1,200 sebulan.
  • Pekerja juga turut layak untuk mendapatkan elaun kesediaan kerja/insentif.
  • Bayaran sebanyak RM1,000 kepada pihak majikan yang mana merupakan lepasan sekolah dan graduan untuk Program Perantisan.
  • Majikan diberikan peluang untuk memohon hany satu kursus latihan sahaja bagi perantis dengan kos yang maksimum iaitu sehingga RM4,000.
  • Tempoh untuk membuat pembayaran balik adalah selama 3 bulan iaitu bersyarat kontrak perkhidmatan itu minimum hanya 3 bulan sahaja.
SYARAT KELAYAKAN

Buat mereka yang ingin memohon, mereka hendaklah mempunyai syarat-syarat dan kriteria seperti yang berikut:
  • Belia yang pernah mengikuti mana-mana Program Perantisan yang berdaftar di mana-mana jenis syarikat dan badan-badan berkanun.
  • Belia yang masih menganggur dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan yang tetap.
  • Lepasan graduan/sekolah yang berumur antara 18 hingga 30 tahun.
  • Merupakan warganegara Malaysia.
MAKLUMAT TAMBAHAN
  • Syarikat tersebut hendaklah didaftarkan terlebih dahulu dan membuat iklan berkaitan dengan kekosongan bagi pengambilan perantis di portal MyFutureJobs.
  • Adalah penting untuk membuat caruman dengan pihak PERKESO bagi setiap perantis yang diambil bekerja di bawah program ini.
CARA MEMOHON

Untuk membuat sebarang permohonan, pihak majikan perlu memohon Penjana Kerjaya secara atas talian ataupun online melalui laman web yang tertera:


Kepada golongan belia yang ingin mendaftar dan menyertai Program Perantisan, anda boleh megisi setiap maklumat di portal rasmi MyFutureJobs bagi membuat permohonan DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat yang lebih terperinci, anda boleh merujuk poster dibawah:




Post a Comment

0 Comments