Panduan Mohon Rumah Sewa PPR RM124 Sebulan Bagi Golongan B40 Tahun 2022




Adakah anda sudah tahu bahawa bermula tahun lalu sehinggalah ini, anda dapat membuat permohonan rumah yang mampu untuk dimiliki sepert Program Perumahan Rakyat (PPR), rumah transit dan MyHome. Untuk membuat sebarang permohonan, ia hendaklah dilakukan melalui Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN).

Sebuah portal yang dikenali sebagi 'TEDUH' merupakan sebuah portal yang bertujuan untuk berkongsi maklumat dan fungsi carian berkaitan dengan program-program beserta dengan projek-projek perumahan awam swasta yang terdapat di Malaysia.

Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) berfungsi sebagai pintu 'one-stop centre' di dalam salah satu modul portal TEDUH. Ia adalah untuk rakyat Malaysia yang ingin memohoin program perumahan di bawah seliaan dan kendalian Jabatan Perumahan Negara KPKT.

Berikut merupakan maklumat yang telah kami kongsikan kepada anda semua.

PENDAFTARAN ATAS TALIAN SPRN
  1. Bagi membuat sebarang pendaftaran SPRN, anda boleh melakukannya melalui https://sprn.kpkt.gov.my/
  2. Kemudian, klik 'Daftar Akaun'.
  3. Setelah itu, masukkan nama anda, nombor kad pengenalan dan alamat emel yang didaftarkan.
  4. Klik 'Daftar',.
  5. Anda haruslah menyemak emel bagi tujuan pengesahan.

Skim bantuan yang anda boleh mohon di bawah SPRN adalah seperti yang berikut:
  • Skim Rumah Transit.
  • Skim Rumah PPR.
  • Skim MyHome.
  • Skim SPP.
CARA MEMOHON

Bagi individu yang ingin membuat permohonan, ianya hendaklah dibuat secara online.

Pihak daripada KPKT juga turut mengumumkan bahawa sebarang permohonan yang dilakukan secara manual tidak akan diterima sama sekali.

PROSES PERMOHONAN ADALAH SEPERTI YANG BERIKUT:

A. Daftar akaun
  1. Untuk melakukan pendaftaran, anda hendaklah membuat pendaftaran akaun menerusi laman sesawang https://sprn.kpkt.gov.my/user/register
  2. Setelah itu, masukkan maklumat nama anda, nombor kad pengenalan beserta dengan emel.
  3. Klik butang 'Daftar'



B. Buat Pengesahan
  1. Bagi mengaktifkan akaun yang telah didaftarkan, pemohon akan menerima email dari 'PENDAFTARAN AKAUN SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK'.
  2. Pemohon hendaklah memastikan bahawa dia menekan link pautan berwarna biru seperti gambar di bawah bagi mengaktifkan akaun dan juga menetapkan kata laluan akaun anda.
  3. Setelah itu, masukkan tetapan kata laluan. Pemohon hendaklah memastikan bahawa ruangan 'Pengesahan Kata Laluan' adalah sama dengan ruangan 'Kata Laluan'.
  4. Kemudian, klik butang 'Simpan'.
C. Log Masuk

Pemohon hendaklah memasukkan nombor kad pengenalan dan juga kata laluan yang telah disediakan. Setelah itu, anda hendaklah log masuk kedalam akaun tersebut.

D. Pilih Skim Perumahan Transit
  1. Anda hendaklah mengenalpasti dan memilih skim perumahan yang telah ditawarkan.
  2. Klik pautan 'Pilih Skim'.
  3. Anda diminta untuk membaca syarat dan kelayakan pemohon untuk setiap skim yang telah disediakan. Pemohon boleh melihat maklumat berkaitan dengan senarai projek yang dibuka untuk permohonan pada bahagian kanan pilihan skim.
  4. Seterusnya, klik butang 'Pilih Skim'.
E. Maklumat Pemohon
  1. Anda hendaklah klik pautan berkaitan dengan maklumat pemohon.
  2. Pemohon hendaklah memasukkan maklumat yang diperlukan berkaitan dengan diri mereka dan klik butang 'Simpan'. Maklumat mandatori seharusnya diisi sehinggalah ikon berwarna hijau.
F. Pilih Projek
Untuk memohon projek, anda diminta untuk klik pautan 'Projek'.

G. Dokumen Sokongan
Untuk memuatnaik dokumen sokongan permohonan, anda diminta untuk klik pautan 'Dokumen Sokongan'.

H. Pengesahan
Klik pautan 'Pengesahan' untuk menghantar permohonan.




SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan bagi pemohon tertakluk kepada skim yang mereka pilih.

SKIM MYHOME

Kriteria pemohon yang ditetapkan oleh KPKT dalam Skim MyHome ini adalah:
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun dan keatas.
  • Pendapatan isi rumah RM10,000 ke bawah.
  • Pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah. Hal ini merujuk kepada pasangan suami dan isteri atau bujang sahaja. Adalah tidak layak untuk pasangan tidak kira suami atau isteri yang telah memiliki rumah bagi satu isi rumah.
Dalam Skim MyHome ini, ia menyediakan pelbagai insentif sehingga RM30,000 bagi seunit. Ia turut memberi faedah kepada pemaju-pemaju swasta dan pembeli-pembeli rumah.

Dokumen sokongan untuk memohon Skim MyHome ini adalah seperti yang berikut:
  • Salinan penyata gaji terbaharu.
  • Salinan surat pengesahan majikan.
  • Salinan surat pencen (Jika berkenaan).
  • Salinan surat akuan sumpah bekerja sendiri.
  • Salinan kad pengenalan/MyKid/Sijil kelahiran.
  • Salinan surat nikah/sijil (Jika berkenaan).
  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
  • Salinan penyata KWSP atau penyata cukai pendapatan.
  • Salinan kad OKU/Surat pengesahan OKU (Jika berkenaan).
  • Salinan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) pemohon dan pasangan.

SKIM RUMAH PPR (DIMILIKI & DISEWA) SEWA SERENDAH RM124

Syarat kelayakan bagi memiliki rumah PPR yang dijual pada harga RM35,000 adalah seperti yang berikut:
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Pemohon belum memiliki sebarang rumah.
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 dalam tempoh sebulan.
  • Mengikuti syarat-syarat tambahan yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan Negeri.
  • Kerajaan juga melaksanakan PPR Dimiliki adalah bertujuan untuk membolehkan golongan yang mempunyai pendapatan yang rendah untuk memilikirumah idaman mereka sendiri.
Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM42,000 seunit bagi di Sabah & Sarawak manakala RRM35,000 seunit bagi Semenanjung Malaysia.

Ciri-ciri rumah PPR yang dimiliki ialah seperti yang berikut:
  • Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
  • Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi.
  • Binaan - 1 ruang tamu, 3 bilik tidur, 2 bilik air, 1 ruang dapur.
  • Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 sehingga 18 tingkat.
  • Terdapat juga kemudahan yang disediakan di sana. Sebagai contoh, surau, dewan komuniti, tadika, gerai makan dan lain-lain.

Untuk pengetahuan anda, Program PPR Disewa ini telah diperkenalkan pada Februari 2022. Ia bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran ataupun golongan yang mempunyai pendapatan yang rendah pada kadar RM124.00 sebulan.

SKIM RUMAH TRANSIT (SPRN)

Anda hendaklah memenuhi kriteria-kriteria yang berikut bagi memiliki SPRN:
  • Tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
  • Pemohon telah berkahwin.
  • Pemohon berumur antara 18 hingga 30 tahun.
  • Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
  • Pemohon dan pasangannya merupakan warganegara Malaysia,.
  • Pemohon bekerja di kawasan/negeri rumah transit dipohon.
  • Pemohon tidak mempunyai rumah sendiri di kawasan transit yang telah dipohon.
Tujuan Program Rumah Transit ini adalah untuk memberi kemudahan perumahan secara sementara buat pasangan mudah yang telah pun mendirikan rumah tangga dan berumur 18 tahun dan 30 tahun.

Program ini tertumpu kepada kawasan-kawasan bandar untuk mengurangkan beban pasangan muda yang berkelayakan/berpendapaan rendah.

Tempoh sewaan permulaan selama 2 tahun dan rumah ini akan disewa dengan kadar bayaran sebanyak RM250.000 sebulan.

Sebelum tamat tempoh kontrak bagi tujuan pengosongan rumah, penyewa akan diberikan notis enam (6) bulan terlebih dahulu.

SKIM SPP

Syarat kelayakan yang perlu anda patuhi ialah:
  • Berumur 21 hingga 70 tahun.
  • Bekerja dan mempunyai pendapatan.
  • Pemohon dan pasangan belum mempunyai rumah.
  • Pemohon dan pasangannya adalah warganegara Malaysia.
  • Bukan kakitangan Kerajaan atau Pesara (termasuk pasangan).
  • Memiliki tanah sendiri atau tanah milik orang lain dalam keluarga yang terdekat.
  • Jumlah pendapatan kasar isi rumah adalah diantara RMM1,000 hingga RM3,000 dalam tempoh sebulan.
Hal ini diwujudkan adalah bertujuan untuk menyedikan inisiatif pinjaman kepada golongan yang tidak berkelayakan yang masih belum mempunyai rumah sendiri.

SOALAN LAZIM

Apakah fungsi TEDUH?

  • Fungsi laman web TEDUH adalah saluran portal utama yang memaparkan maklumat tentang projek-projek dan program-program perumahan awam dam swasta di Malaysia.
Berapakah kadar sewaan rumah PPR?
  • RM124 sebulan.
Apakah skim perumahan yang ditawarkan SPRN?
  • Antaranya skim MyHome, PPR (dimiliki & disewa), Rumah Transit dan skim SPP.
Berapakah kadar sewaan rumah transit?
  • RM250 sebulan.
Berapakah had pinjaman skim SPP?
  • RM60,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 35 tahun.
MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat yang lebih terperinci, anda dialu-alukan untuk melayari portal https://teduh.kpkt.gov.my
Tel: 03-8891 4475 / 03-8891 4200
Emel: teduh@kpkt.gov.my


Post a Comment

0 Comments