Panduan Semakan Bantuan Barangan Dapur Keluarga B40 RM300. Semak Kelayakan Anda Sekarang!



Sebanyak RM100 juta telah diperuntukkan untuk melaksanakan Program Prihatin Kasih. Ia merupakan salah satu langkah pakej PEMERKASA yang bertujuan untuk membantu kos sara hidup bagi golongan yang miskin bandar. 

Bagi Program Barangan Dapur, ia akan disalurkan secara tanpa tunai (cashless) melalui penggunaan MyKad dan akan memanfaatkan lebih kurang 300,000 isi rumah di bandar-bandar utama di seluruh negara.

Berikut kami kongsikan mengenai maklumat terkini bantuan ini.

KAEDAH PELAKSANAAN

Dalam tempoh tiga bulan, sebanyak RM100 elaun bulanan (RM300) akan dikreditkan ke dalam MyKad bagi mereka yang layak.

Wang yang disalurkan itu boleh digunakan untuk membeli barangan makanan yang penting sama ada di kedai runcit atau pasaraya yang mengambil bahagian dalam program ini melalui pembayaran menggunakan MyKad masing-masing.

Anda boleh melihat senarai pasaraya dan kedai runcit yang terlibat dalam program ini - KLIK SINI.

BULAN PELAKSANAAN

Program yang diwujudkan ini akan dilaksanakan secara berperingkat di setiap negeri. Kuala Lumpur dan juga Selangor telah selesai pelaksanaannya pada bulan Julai yang lalu.

Beberapa negeri telah melalui bulan terakhir pelaksanaannya buat masa kini. Sebagai contoh, negeri Kelantan, Pulau Pinang, Perlis, Johor, Kedah, Melaka, Terengganu dan Perak.

Manakala untuk Labuan, Pahang, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak, ia akan bermula pada bulan September sehingga November 2021 atau Oktober sehingga Disember kelak.


KELAYAKAN BANTUAN RM300 UNTUK BARANGAN DAPUR

Isi rumah yang layak akan dikenalpasti melalui sistem eKasih serta data daripada pihak JKM yang telah disemak silang dengan data BPR. Jika ianya memenuhi syarat kelayakan, mereka layak untuk menerima Bantuan Prihatin Kasih ini.

Buat mereka yang layak, anda akan menerima SMS daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program berserta dengan tarikh dan masa bagi sesi orientasi di kedai runcit yang terlibat.

SEMAKAN PROGRAM PRIHATIN KASIH

Sekiranya anda ingin membuat semakan status kelayakan secara atas talian, anda boleh Klik Di Sini

Cara untuk menyemak kelayakan:
  1. Anda hendaklah melayari laman web rasmi MyKasih http://www.mykasih.com.my/site/
  2. Kemudian, anda diminta untuk mengisi nombor kad pengenalan.
  3. Masukkan kod Captcha yang telah dipaparkan di skrin anda.
  4. Status kelayakan anda akan dimaklumkan.
  5. Sekiranya anda layak, anda bakal menerima SMS daripada pihak MyKasih bagi bertujuan untuk mengesahkan status anda sebagai penerima bantuan dalam program ini.
MAKLUMAT LANJUT

Sebarang kemusykilan dan soalan yang hendak dikemukakan berkaitan dengan Program Bantuan Prihatin Kasih ini,  anda disarankan untuk merujuknya DI SINI

Post a Comment

1 Comments