Panduan Memohon Bantuan Keluarga Malaysia RM350, Gaji Bawah RM2,500 Layak Memohon!



Bantuan Keluarga Malaysia merupakan suatu bantuan yang berupa wang tunai untuk membantu golongan yang memerlukan bagi mengurangkan beban kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat khususnya yang mempunyai pendapatan yang rendah.

Berikut merupakan jumlah Bantuan BKM yang akan diterima oleh orang bujang.

KADAR BANTUAN YANG AKAN DIBERIKAN

Berikut merupakan amaun bantuan yang akan diberikan kepada bujang.

Bujang yang mempunyai pendapatan RM2,500 dan ke bawah:
  • Sebanyak RM350
SYARAT KELAYAKAN UNTUK PENERIMA BUJANG

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang perlu dipatuhi oleh penerima BKM Bujang:
  • Had umur adalah 21-59 tahun.
  • Bujang, ibu atau bapa tunggal/janda/balu/duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat yang ditetapkan.
  • Pendapatan bujang adalah sebanyak RM2,500 dan ke bawah.
TARIKH PEMBAYARAN BKM

Buat masa ini, belum ada lagi maklumat yang terperinci mengenai tarikh pembayaran BKM 2022 yang akan dilaksanakan. Kami akan kongsikan kepada anda dari semasa ke semasa.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Data penerima BKC B40, BPR 2021, serta pemohonan BPR 2021 yang tidak diluluskan atas alasan menerima GKP, ianya akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk semakan kelayakan.

Namun begitu, pemohon diminta untuk membuat permohonan yang baharu sekiranya tiada rekod di dalam pangkalan data yang sedia ada. Bagi penerima yang sedia ada pula, kemaskini hendaklah dibuat dalam suatu tempoh yang ditetapkan.

TARIKH PERMOHONAN / PENGEMASKINIAN BKM

Permohonan dan pengemaskinian maklumat yang baharu boleh dibuat mulai 1 Januari 2022 sehngga 31 Januari 2022. (tertakluk kepada pindaan yang akan dilakukan dari semasa ke semasa)


MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat yang lebih terperinci mengenai pembentangan Bajet 2022, anda boleh melayari laman web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/

Post a Comment

0 Comments