2022: Panduan Memohon Program Kasih Keluarga Malaysia Perkeso/Kwsp


CARA MOHON PROGRAM KASIH SURI KELUARGA MALAYSIA PERKESO / KWSP 2022

Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM50 juta melalui Program Kasih Suri Keluarga Malaysia, khususnya untuk suri rumah dan juga balu sehingga usia 55 tahun berujuan untuk perlindungan sosial.




APAKAH ITU PROGRAM KASIH SURI KELUARGA MALAYSIA?

I) KASIH SURI KELUARGA MALAYSIA PERKESO.

Melalui inisiatif seperti Program Kasih Suri Keluarga Malaysia ini, pihak kerajaan dapat memberikan perlindungan kepada suri rumah dan juga balu dengan peruntukkan sebanyak RM80 juta. Hal ini sudah dibincangkan melalui pembentangan Bajet 2022 baru-baru ini.

Suri rumah dan balu akan mendapat perlindungan PERKESO melaului bantuan faedah yang telah ditawarkan seperti golongan yang bekerja.

TARIKH PELAKSANAAN

Program Kasih Suri ini akan dilaksanakan pada tahun 2022.

II) PROGRAM I-SURI KWSP

Kini, golongan suri rumah boleh memilih untuk mencarum di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan insentif khas di bawah i-Suri KWSP.

Hal ini adalah untuk memastikan kesejahteraan bagi golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada pembangunan negara dan ahli keluarga mereka.

Terdapat beberapa kelebihan i-Suri KWSP juga termasuklah:
  • Bantuan Kematian: RM2,500.
  • Menerima dividen tahunan KWSP.
  • Menerima sumbangan daripada pihak kerajaan sebanyak RM480/setahun.
  • Masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan dan caruman dalam apa-apa amaun pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka.
**tertakluk kepada terma dan syarat dari pihak KWSP**

CARA PENDAFTARAN I-SURI KWSP

Langkah untuk membuat permohonan i-Suri KWSP adalah seperti yang berikut:
  1. Anda diminta untuk memuat turun borang KWSP 16(G)M - PERMOHONAN CARUMAN SUKARELA (INSENTIF DARI KERAJAAN) melalui pautan  https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/
  2. Anda perlu mencetak dan mengisi borang tersebut dengan lengkap.
  3. Bawa ke kaunter/pejabat KWSP untuk disahkan dan hantar.

MAKLUMAT LANJUT

Anda boleh mengikuti laman sosial PERKESO & KWSP untuk mendapatkan info yang lebih lanjut dan pengumuman terkini berkaitan dengan program ini.

PERKESO
KWSP

Post a Comment

0 Comments