Mohon Bantuan RM60,000 Bina Rumah Atas Tanah Sendiri 2021, Baca Cara Untuk Memohon!




JOM BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI 2021 BANTUAN RM60,000 UNTUK ANDA

Skim Pinjaman Perumahan bagi golongan yang mempunyai pendapatan rendah. Ianya bertujuan untuk membantu mereka khususnya yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah pertama idaman anda.

SYARAT KELAYAKAN PEMOHON 

  1. Berumur 21 hingga 71 tahun.
  2. Bukan pesara kerajaan atau kakitangan kerajaan.
  3. Pemohon & pasangan merupakan warganegara Malaysia sahaja.
  4. Bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri.
  5. Belum mempunyai rumah.
  6. Memiliki tanah sendiri atau hak milik ahli keluarga sendiri.
  7. Jumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM1,000 hingga RM3,000 sebulan.
SYARAT PINJAMAN

Syarat pinjaman yang perlu anda patuhi sebelum melakukan permohonan adalah seperti yang berikut:
  • Tempoh maksimum bayaran balik pinjaman adalah 35-70 tahun.
  • Had maksimum pinjaman sebanyak RM60,000 (tidak termasuk perlindungan insurans.
  • Perlu mengambil Perlindungan Insurans daripada Panel Insuran.
  • Caj perkhidmatan sebanyak 2% ke atas pinjaman.
SYARAT PINJAMAN GENERASI KEDUA
  • Mempunyai pendapatan menimum sebanyak RM1,000 dan bukan daripada kakitangan kerajaan.
  • Perlidnungan insurans hanya disediakan untuk generasi kedua sahaja.
  • Pilihan pinjaman dua generasi bagi pemohon yang berumur 45-70 tahun dengan syarat bahawa penama kedua tersebut berumur 21-35 tahun.
  • Generasi yang kedua hendaklah merupakan anak kandung kepada pemohon.
SYARAT CAGARAN TANAH

Mestilah mempunyai kebenaran bertulis daripada pemilik tanah untuk mencagar tanah milik pinjaman atau tanak milik keluarga yang terdekat.

Nilai tanah (berdasarkan penilaian daripada pihak Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta) yang dicagar tidak kurang daripada jumlah yang telah dipinjam.

Untuk tanah milikan secara pajakan, anda mestilah mematuhi syarat yang berikut:
  • Mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuassa Negeri untuk mencagar tanah.
  • Baki tempoh pajakan yang dicagar itu sekurang-kurangnya 40 tahun.
SYARAT PEMBINAAN RUMAH
  1. Perlulah menggunakan pelan yang telah disediakan oleh pihak Jabatan Perumahan Negara sahaja dan adalah tidak dibenarkan untuk menggunakan pelan rumah sendiri.
  2. Rumah kos rendah dengan keluasan lantai 700-1000 kaki persegi yang dilengkapi dengan 3 bilik tidur, 2 bilik air, dapur dan juga ruang tamu.
  3. Kontraktor perlulah orang tempatan mengikut kawasan ADUN.
  4. Mendapatkan kelulusan Pelan Pembangunan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sekiranya diperlukan.
  5. Mempunyai perakuan CIDB yang masih sah atau pendaftaran syarikat.
  6. Kontraktor memiliki pengalaman dan pengkhususan kerja dalam bidang pembinaan.
  7. Memiliki punca kewangan yang mencukupi dengan had minima kewangan yang telah ditetapkan iaitu RM5,000.
CARA MEMOHON

Jangan lupa untuk mengisi borang permohonan dengan lengkap dan hantar ke alamat yang yang tertera pada muka muka depan borang permohonan tersebut.

Anda boleh mendapatkan borang permohonan DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang kemusykilan atau pertanyaan yang ingin diajukan berkaitan dengan bantuan perumahan ini, anda boleh menghubungi:

  • Bahagian Pengurusan Perumahan
    Jabatan Perumahan Negara
    Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
    Aras 30, No 51 Persiapan Perdana Presint 4,
    62100 Putrajaya.
  • Tel: 03-8000 8000
  • Faks: 03-8891 4269
  • Emel: spp@kpkt.gov.my

Post a Comment

0 Comments