YTL : Panduan Membuat Permohonan & Semakan Bantuan Smartphone Secara Percuma Bagi Golongan B40 Secara Atas Talian


PERMOHONAN BANTUAN SMARTPHONE PERCUMA B40

YTL Foundation dengan kerjasama YES dan FrogAsia telah mewujudkan Bantuan Smartphone Percuma B40 untuk membantu pelajar sekolah rendah dan juga menengah yang langsung dan tidak mampu untuk memiliki sebarang peranti dan internet untuk pembelajaran dari rumah.



Bantuan ini merupakan sebiji telefon pintar percuma dengan data internet 120GB (10GB / sebulan selama 12 bulan). Guru-guru juga boleh mencalonkan pelajar yang berkelayakan terutamanya daripada golongan B40. Ibubapa juga boleh memohon bantuan telefon pintar ini secara sendiri.

Antara maklumat yang diperlukan adalah
  • Nombor MyKid/MyKad murid
  • Nombor MyKad Ibubapa
  • Status B40 ibubapa daripada Portal Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
MAKLUMAN : Untuk mendapatkan status B40 ibubapa, sila pergi ke https://bpn.hasil.gov.my/ selepas itu, masukkan nombor kad pengenalan ibubapa, kemudian klik ‘Semak’.

CARA MEMOHON BANTUAN TELEFON PINTAR PELAJAR SECARA ONLINE

Untuk permohonan secara online, pemohon hanya perlu mendaftarkan nama dengan mengisi maklumat yang diperlukan tadi di Borang Permohonan Smartphone dibawah


borang permohonan telefon pintar smartphone percuma

BORANG PERMOHONAN https://appform.prod.frogdev.asia/

SEMAKAN STATUS TELEFON PINTAR
  • Untuk membuat semakan status anda, sila boleh layari https://lcs.yes.my.
  • Masukkan maklumat diperlukan seperti nombor kad pengenalan untuk pengesahan.
  • Paparan status akan dipaparkan.
Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan mengenai bantuan ini, anda boleh terus menghubungi

YTL Foundation (421570-A)
Level 32, Menara YTL,
205, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia

Emel: ytlfoundation@ytl.com.my
Tel: +603 2038 0888
Fax: +603 2038 0388

Post a Comment

0 Comments