i-Sinar: Panduan Permohonan Baharu i-Sinar Akaun 1 Secara Atas Talian Dibuka 21 Disember 2020 - Malaysia Kerjaya!

Breaking

Tuesday, December 22, 2020

i-Sinar: Panduan Permohonan Baharu i-Sinar Akaun 1 Secara Atas Talian Dibuka 21 Disember 2020





Pengeluaran i-Sinar KWSP Akaun 1 boleh dimohon bermula pada 21 Disember 2020. Baca kelayakan sebelum membuat permohonan i-Sinar KWSP Akaun 1 secara atas talian.

Untuk makluman anda, permohonan i-Sinar KWSP 2020 boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 21 Disember 2020 bagi kategori 1 manakala kategori 2 pula bermula 11 Januari 2021 menerusi Laman Web Rasmi i-Sinar.

Sedia maklum, pengkreditan pertama dalam akaun bank ahli akan bermula pada bulan Januari 2021. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan. Secara umum, ahli yang layak boleh mengakses 10% daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN I-SINAR KWSP ONLINE
  1. Layari https://isinar.kwsp.gov.my/.
  2. Isikan nombor Mykad/MyPR dan nombor telefon bimbit dan klik "teruskan"
  3. Isikan No. OTP yang diterima melalui SMS dan tekan SAHKAN OTP.
  4. Tetapkan Amaun Pilihan anda.
  5. Tetapkan Bayaran Bulan Pertama dan tekan TERUSKAN.
  6. Kemudian, isikan butiran maklumat borang permohonan dengan lengkap dan betul.
  7. Lengkapkan maklumat pembayaran dan tekan TERUSKAN.
  8. Semak Maklumat Pemohon dan Maklumat Pembayaran sebelum tekan HANTAR.
  9. Permohonan anda diterima dan akan diproses. Klik pada butang "Cetak & Simpan" untuk rujukan anda.

SYARAT KELAYAKAN MEMOHON I-SINAR

Baca syarat kelayakan untuk memohon i-Sinar KWSP berdasarkan 2 kategori 





Senarai Amaun Kelayakan i-Sinar KWSP




Semakan Status i-Sinar KWSP 2020 Online
  • Anda boleh membuat penyemakan status i-Sinar KWSP pada 4 Januari 2021 menerusi portal rasmi i-Sinar.
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan i-Sinar KWSP, sila Hubungi di Talian Hotline 03 - 89224848 atau layari Portal Rasmi i-Sinar di https://isinar.kwsp.gov.my/.

No comments:

Post a Comment