JKM : Panduan Membuat Permohonan Bantuan Warga Emas RM500 JKM 2021 - Malaysia Kerjaya!

Breaking

Thursday, December 10, 2020

JKM : Panduan Membuat Permohonan Bantuan Warga Emas RM500 JKM 2021




Menteri Kewangan Malaysia Dato Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan tentang Bantuan Warga Emas yang dinaikkan daripada RM350 yang diberikan sebelum ini.

Bantuan ini diuruskan oleh JKM yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Bantuan ini bertujuan untuk meneruskan kelangsungan hidup dan kesejahteraan dalam komuniti.



SYARAT KELAYAKAN UNTUK MEMOHON

Orang tua atau warga emas yang mahu memohon bantuan ini perlulah memenuhi syarat kelayakan seperti

  • Pemohon ialah warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  • Orang tua atau warga emas berumur 60 tahun dan ke atas.
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
  • Warga emas yang bukan tinggal di:
i) Institusi kendalian JKM; atau
ii) Pusat jagaan harian/berkediaman yang memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
CARA UNTUK MEMOHON BANTUAN WARGA EMAS

Bagi membuat permohonan bantuan ini, permohonan perlulah dibuat secara atas talian
Dokumen yang perlu di bawa ke cawangan JKM yang berdekatan adalah
  1. Salinan kad pengenalan diri pemohon.
  2. Salinan kad pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama.
  3. Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama
  4. Salinan penyata gaji (jika ada)
  5. Lain-lain dokumen yang berkaitan.

1 comment:

  1. seharus nya pandangan sya separuh drp simpanan pencarum boleh di benarkn pengeluaran agar dpt meringankn bebanan utk khidupan pencarun serta meringankn dr segi urusan khidupan. amin

    ReplyDelete