KWSP: Antara Perkara Penting Yang Perlu Anda Tahu Tentang i-Sinar


Skim i-Sinar kini dibuka kepada 8 juta ahli yang layak untuk mengeluarkan duit daripada simpanan mereka. 

Terdapat 2 kategori ahli yang layak untuk pengeluaran duit i-Sinar iaitu

Kategori pertama

Ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.
  • Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan
  • Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas Mac 2020.
Kategori ini
  1. Tidak memerlukan dokumen sokongan
  2. Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP
  3. Ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020.
  4. Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021.
Kategori kedua

Kategori ini adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas.

KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada ahli iaitu
  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan / atau tuntutan kerja lebih masa.
  • Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.
  • Bagi kategori ini, ahli boleh memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 11 Januari 2021.
JUMLAH KELAYAKAN I-SINAR 

Ini tertakluk kepada baki simpanan Akaun 1 ahli berdasarkan butiran terkini seperti berikut:
  • Ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000.Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.
  • Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran maksimum 10% atau RM60,000 (yang mana lebih rendah) daripada Akaun 1. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.
Sementara itu, mulai upah Januari 2021 (Caruman Februari 2021) hingga upah Disember 2021 (Caruman Januari 2022), Kadar Caruman Berkanun Syer Pekerja akan diturunkan ke 9%.

Sekiranya pencarum ingin mengekalkan Kadar Caruman Berkanun Syer Pekerja pada 11peratus, mereka perlu lengkapkan Borang KWSP 17A (Khas 2021) dan kemukakan kepada majikan.

Sumber - Astro Awani



Post a Comment

0 Comments