e-Kasih : Cara Untuk Mendaftar Permohonan Baru & Semakan e-Kasih Online



CARA-CARA UNTUK MENDAFTAR PERMOHONAN BARU & SEMAKAN EKASIH ONLINE

Sistem eKasih adalah satu sistem pengkalan data keluarga miskin yang diwujudkan diperingkat kebangsaan untuk merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan oleh Unit ICU daripada Jabatan Perdana Menteri.

BANK DATA KEMISKINAN NASIONAL EKASIH

Mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program / bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program / bantuan yang diterima.

Manakala Komponen Data eKasih pula terdiri daripada maklumat asas Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR), maklumat Lokasi, Kediaman, Pendidikan, Harta, Kesihatan, Pendapatan serta Bantuan.

Data e-Kasih digunakan oleh kementerian / agensi yang memberi bantuan melalui program-program pembasmian kemiskinan.

SYARAT KELAYAKAN UNTUK MEMOHON

Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon bantuan eKasih :
  • Isi rumah yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
  • Warganegara Malaysia
Nota : Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan sesebuah isi rumah yang ditetapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan. PGK semasa yang digunakan adalah PGK 2016. Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan kurang RM1500 sebulan (Bandar) atau RM1000 sebulan (Luar Bandar) layak dan digalakkan untuk memohon.

4 PUNCA UTAMA
  • Pekerjaan bergaji
  • Bekerja sendiri.
  • Pendapatan daripada harta dan pelaburan.
  • Pindahan semasa diterima.
Nota : Isi rumah boleh mempunyai lebih daripada seorang penerima pendapatan dan pendapatan yang diterima boleh diperoleh daripada pelbagai punca.

UNTUK PENDAFTARAN BARU EKASIH

Terdapat 2 cara untuk mendaftar 
  • Rujuk Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN).
  • Melalui email rasmi, surat atau telefon atau mendaftar dan membuat laporan kemiskinan kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Pemimpin Tempatan dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).


Carta Proses Pendaftaran



4 STATUS DAFTAR EKASIH
  • Disahkan : Telah dibanci
  • Disemak : Dalam proses banci
  • Ditolak : Tidak layak dibanci
  • Baru / Daftar Terbuka : Permohonan baru
SEMAKAN EKASIH

Setelah anda membuat permohonan dan jika anda ingin membuat semakan anda boleh ke pautan berikut :
Kemudian anda hanya masukkan nombor kad pengenalan anda dan "Klik Untuk Cari"


INFO & MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai pendaftaran dan semakan mengenai eKasih, anda boleh layari pautan berikut

eKasihSemoga perkongsian ini membantu anda berjaya mendaftar dengan betul dan dapat membuat semakan eKasih.


Post a Comment

14 Comments