Cara Membuat Semakan Bagi Program Subsidi Upah (PSU) RM600 - RM1200 Sebulan Anda


Program Subsidi Upah (PSU) telah diperkenalkan pada 27 Mac 2020 di bawah Pakej PRIHATIN untuk membantu majikan dalam tempoh 3 bulan semasa covid melanda negara Malaysia.

PSU ialah bantuan kewangan yang akan dibayar kepada majikan bagi setiap pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah.

Nilai bantuan yang diberikan adalah RM600, RM800 dan juga RM1200 bergantung kepada bilangan pekerja di syarikat tersebut.

Namun, ada sebilangan majikan yang licik dengan tidak memberikan bantuan PSU ini kepada pekerja mereka dengan memberikan pelbagai alasan seperti syarikat tidak layak mendapat bantuan atau syarikat tidak memohon bantuan tersebut.

Cara Membuat Semakan Program Subsidi Upah (PSU)




Disini, kami akan kongsikan panduan bergambar cara untuk anda membuat semakan sendiri samada syarikat anda bekerja layak atau telah mendapat kelulusan untuk bantuan RM600-RM1200 Sebulan yang sepatutnya menjadi hak milik anda.

1. Layari https://prihatin.perkeso.gov.my/psu/ atau klik Semakan PSU Perkeso 2020
2. Klik pada ruangan ‘Search’ untuk anda membuat carian syarikat anda bekerja dan masukkan nama syarikat. semakan psu 2020



3. Paparan akan menunjukkan maklumat syarikat PSU yang telah diluluskan bersama jenis industri, negeri dan bilangan pekerja.


4. So, sekiranya nama syarikat anda dipaparkan tapi anda masih belum menerima duit bantuan tersebut dari majikan anda, sila berhubung dengan Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 03-4264 5555 / 03-8091 5100 / 1-300-22-8000 atau e-mel kepada aduansip@perkeso.gov.my.

Sekiranya syarikat anda bekerja layak mendapat PSU sebaliknya anda dibuang dalam tempoh tersebut dengan alasan covid atau syarikat tidak mampu membayar gaji, tindakan boleh diambil terhadap majikan anda kerana untuk penerima PSU adalah untuk mengekalkan pekerja dalam tempoh 6 bulan semasa menerima PSU.

Post a Comment

0 Comments