Tarikh Pembayaran BSH Fasa 3 (Julai) 2020 & Tambahan RM150 Bagi Setiap Orang


BANTUAN SARA HIDUP (BSH) FASA 3 JULAI 2020



Bayaran BSH fasa 3 kali ini dijangka akan dibayar bulan Julai 2020.

Ingin dimaklumankan, pembayaran fasa 2 BSH telah dilaksanakan pada 16 Mac lepas.

Penerima Geran Khas Prihatin (GKP) akan menerima bayaran sebanyak RM3000 yang akan dibayar bermula pada 15 Jun 2020.

Baca : LHDN : Cara Membuat Rayuan Geran Khas Prihatin (GKP) Dibuka 3 Jun - 15 Jun 2020.

Bagi membuat penyemakan status BSH, anda boleh melakukan penyemakan di portal rasmi BSH. Berikut merupakan contoh status pembayaran :

  • Dalam proses pengkreditan – Semak penyata akaun bank penerima bagi pembayaran mulai 16 Mac 2020
  • Tunai – Penunaian di BSN dengan membawa MyKad asal penerima apabila wujud Nombor Baucar pada semakan status






Berita baik, setiap penerima akan mendapat tambahan RM100 secara tunai dan e-tunai sebanyak RM50 yang boleh ditebus di Touch n Go eWallet.

Tambahan RM100 ini adalah insentif yang diumumkan ketika kerajaan interim Tun Mahathir. Kerajaan PN memperluas bantuan menerusi BPN dan GKP.

Bantuan Sara Hidup BSH telah diumumkan melalui pembentangan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020.



Ini adalah salah satu langkah inisiatif kerajaan bagi merangsang perkembangan ekonomi domestik akibat penularan Wabak Covid-19.

PEMBAYARAN BSH FASA 3 JULAI 2020

Pembayaran BSH fasa 1 telah dilaksanakan pada Januari 2020. Baki bayaran pula akan dibayar di fasa 2 yang di awalkan pada bulan Mac.

Bagi pembayaran BSH fasa 3 Julai 2020, tarikh pembayaran masih belum diumumkan namun dijangkakan akan dibayar pada bulan Ogos apabila kerajaan telah memberikan dana tambahan yang berjumlah RM150 bagi setiap penerima BSH.

PERMOHONAN BARU DAN KEMASKINI

Bagi permohonan baru, anda boleh lakukan di portal rasmi atau secara terus ke kuanter LHDN yang berdekatan bermula pada 1 Februari sehingga tarikh tutup 15 Mac 2020.




Kemaskini boleh dibuat jika terdapat sebarang perubahan maklumat seperti berikut :

  • Status perkahwinan termasuk kahwin, cerai atau kematian pasangan
  • Alamat surat menyurat terkini dan emel
  • Nombor telefon bimbit dan rumah
  • Maklumat akaun bank
  • Maklumat pasangan dan tanggungan
  • Maklumat waris
SKIM MYSALAM & PEKAB40 

Bagi penerima BSH, anda juga layak menerima Skim Perlindungan Mysalam dan Skim Peduli kesihatan Peka B40. Bantuan ini adalah kepada penerima BSH sahaja. Bantuan ini tidak terpakai buat penerima BPN atau Geran Khas Prihatin.

Bagi maklumat lanjut, anda boleh melayari portal rasmi mereka di sini.

Post a Comment

39 Comments

  1. Dg 1gb already stopped since 05/2020

    ReplyDelete
  2. Mcm Mana nk dpt ewalet rm50 dri mysejahtera

    ReplyDelete
  3. Saya dah daftar bsh pada febuari 2020.. bsh 1 tak sempat, bsh 2 tak dapat walaupun layak, adakah bsh 3 akan dapat.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih utk semua bantuan yg diberi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Status akan diberitahu... Adakah dapat bsh 3?...bsh 1&2dapat..

      Delete
  5. Syukur dan terima kasih yg tak terkira utk semua bantuan yg d beri

    ReplyDelete
  6. syukur dn terima kasih yg x terkira utk bantuan yg di beri...

    ReplyDelete
  7. Bsh fasa ke 3 bila masuk bank bossku?

    ReplyDelete
  8. Mcm saya bujang, adakah layak menerima bsh fasa 3 julai...

    ReplyDelete
  9. Sya dh daftar. Thun 2019 ditolak padahal thun sebelum tu sudah menerima.. 2019 tak dpaat disebabkan status perkahwinan.. Thun nie sya minta x da respon.. Dan yg terakhir x salah sya bulan 3 kot kemaskini rayuan.. Smpai sekarang pemberitahuan

    ReplyDelete
  10. Anak nk sekolah 15 julai saya hilang pencarian mohon bsh di percepatkan agar mudah membiayai tambang bas sekolah anak saya... Berharap sebelum 5 julai

    ReplyDelete
  11. Rosita binti sakarudin fasa1 dan fasa2 saya dapat kini fasa3 adakah saya akan mendapat lagi

    ReplyDelete
  12. Berapakah jumlah keseluruhan pembayaran bsh fasa 3

    ReplyDelete
  13. Bilakah bayaran fasa 3 di kreditkan???

    ReplyDelete
  14. ehmmm tak saabar nak terima bsh, dri 1 julai lagi dah sy check akaun bsh ni d atm... hihi. amat memerlukan.

    ReplyDelete
  15. Dah masuk ke blum duit bsh ya? Ada spa2 tau x?

    ReplyDelete
  16. Xmsuk lg hujung bln sblm Aidil adha kjaan akn kreditkan duit ke akaun masing2

    ReplyDelete
  17. sy dah buat daftar pada bulan februari..fasa 1 dan fasa 2 tak sempat .. dia orang ckp akan dapat sekali pada bulan mei ..tapi dah pkp.. dapat BPN.. so skg..?? Fasa 1 fasa 2 fasa 3 dapat sekali ke ??? ada sesiapa sama mcm sy tak..

    ReplyDelete
  18. Saya daftar selepas fasa bsh 1,adakah saya layak,hari tu bantuan prihatin Ada dapat,

    ReplyDelete
  19. Saya bpn dpt,bsh sdh update,,dr fasa 1 dan 2 blum dpt2x..status kelulusan bsh sya KELULUSAN AKAN DIMAKLUMKAN dr start update smpi skrh..maw kemas kini lgi kah taw mcm mana..

    ReplyDelete
  20. Saya bpn dpt,bsh sdh update,,dr fasa 1 dan 2 blum dpt2x..status kelulusan bsh sya KELULUSAN AKAN DIMAKLUMKAN dr start update smpi skrh..maw kemas kini lgi kah taw mcm mana..

    ReplyDelete
  21. BSH fasa 3 bila dikreaditkan??

    ReplyDelete
  22. Kwsp bulan kedua duit tak masuk2 kat bank.. bulan pertama masuk.. kenapa lambat

    ReplyDelete
  23. Saya mahu mohon bsh bagaimana cara nak daftar bsh di online

    ReplyDelete
  24. Saya mahu mohon bsh bagaimana cara nak daftar bsh di online

    ReplyDelete
  25. Bila tarikh pembayaran bsh fasa 3

    ReplyDelete
  26. sy ada terima bpn tp tak terima bsh mcm mna sy nk mohon bantuan utk ank sek bsh sy tiada record

    ReplyDelete
  27. mcm mna nk mohon bsh online boleh bantu sy mcm mna cara mohon

    ReplyDelete
  28. Mcm mana nak semak kelulusan bsh fasa 3

    ReplyDelete
  29. Kenapa fasa ke3 bsh saya x di kreditkan kedalam acc saya, sedangkan saya sudah ade acc maybank. Kenapa perlu saya pakai baucer pula

    ReplyDelete
  30. Maaf ya yang Rm100 tak dapat pun yang e wallet Rm50 dpt. Rm 100 ni nk ambil di mana ya ?? Atau di akaun kan ataupun kene ambil di BSN ?? Harap dibantu ya sya memerlukan pada waktu skrg

    ReplyDelete
  31. Status saya x lulus tetapi saya sudah buat rayuan bila akan di beri kan jawapan

    ReplyDelete
  32. Mcm mana nnti kita tau no baucer

    ReplyDelete