BPN: Jumlah Bantaun BPN Hanya RM1,000 & RM500 Serta Ada Yang Tidak Layak? Jom Baca Sini - Malaysia Kerjaya!

Breaking

Saturday, May 9, 2020

BPN: Jumlah Bantaun BPN Hanya RM1,000 & RM500 Serta Ada Yang Tidak Layak? Jom Baca Sini


Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah memberikan pengumuman di laman Facebook LHDN tentang keputusan semakan kepada permohonan baru dan rayuan yang boleh didapati pada 9 Mei 2020.

Akan tetapi, ramai pemohon yang terkejut melihat dengan keputusan semakan ini. Ada dikalangan warga yang mendapatkan keputusan TIDAK LAYAK dan ada juga yang mendapatkan jumlah amaun rendah dan kurang yang berbeza seperti yang diumumkan.

Status semakan BPN pada 9 Mei 2020 ada yang mendapat RM500 untuk bujang yang sepatutnya adalah RM800 dan RM1000 untuk isi rumah yang sepatutnya RM1600. Kenapa?



JUMLAH BANTUAN HANYA RM1000 DAN RM500, KENAPA? 

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah memberikan jawapan tentang persoalan anda di dalam FAQ yang disediakan.

  • Bagi pemohon berstatus kahwin yang mempunyai perniagaan pemilikan tunggal (bukan syarikat Sendirin Berhad) atau bekerja sendiri, amaun BPN yang layak adalah sebanyak RM1,000 sahaja.
  • Bagi pemohon berstatus bujang yang mempunyai perniagaan pemilikan tunggal (bukan syarikat Sendirin Berhad) atau bekerja sendiri, amaun BPN yang layak adalah sebanyak RM500 sahaja.

Ini menunjukkan bawaha pemohon mempuyai rekod perniagaan pemilikan tunggal @ bekerja sendiri. Jika anda tergolong daripada golongan di atas bagi permohonan baru dan rayuan, anda hanya akan dapat jumlah berkenaan.

Namun demikian, LHDN menyarankan kepada pemohon agar membuat Permohonan Geran Khas Prihatin (GKP) yang masih dibuka sehingga 15 Mei 2020.




KENAPA SAYA TIDAK LAYAK BPN?
  1. Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan had umur memohon 
  2. Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi 2 RM8,000 
  3. Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon melebihi RM4,000 
  4. Semakan mendapati pemohon merupakan pelajar 
  5. Tidak layak kerana pemohon / pasangan mempunyai syarikat berdasarkan data agensi (SSM). Walau bagaimanapun, pemohon boleh memohon Geran KhasPrihatin (GKP)
  6. Status kahwin dengan maklumat yang sama 

Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi HASIL CARE LINE di talian 03-8911 1000 (waktu pejabat) atau melayari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 

3 comments: