BPN : Panduan Permohonan Rayuan BPN Buat Kali Ke-2 Yang Dilanjutkan Sehingga 31 Mei 2020



Kerajaan memutuskan untuk melanjutkan tempoh rayuan permohonan Bantuan Prihatin Nasional sehingga 31 Mei ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu dipersetujui Kementerian Kewangan setelah mendengar rungutan daripada orang ramai yang gagal menerima bayaran atas pelbagai sebab.




Dalam Perutusan Khas Pada 10 Mei yang berkaitan dengan isu BPN, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Berkata :
Terdapat rungutan daripada orang ramai yang gagal menerima bayaran ini atas pelbagai sebab. Antaranya kerana maklumat yang diisi tidak lengkap. Ada juga yang permohonannya ditolak kerana dalam rekod menunjukkan pendapatan melebihi syarat kelayakan. Tetapi mereka sebenarnya telah hilang pekerjaan dan hilang sumber pendapatan. Ada juga antara yang memohon adalah pelajar yang telah menerima bantuan BPN bagi kategori pelajar. Jadi permohonan mereka untuk mendapatkan bayaran BPN bagi kategori bujang ditolak. 
BACA JUGA : Cara Membuat Permohonan Geran Khas Prihatin (GKP) RM3000 Untuk PKS

CARA PERMOHONAN RAYUAN BPN BUAT KALI KE-2  (11 Mei - 31 Mei 2020)

Permohon boleh membuat rayuan untuk pertimbangan semula dengan : 
  • Rayuan boleh dibuat melalui e-mel kepada LHDNM (rayuanbpn@hasil.gov.my) atau,
  • Hadir ke kaunter-kaunter LHDN yang berdekatan bermula pada 11 Mei @ 12 Mei Sehingga 31 Mei 2020 dengan Mengemukakan dokumen sokongan yang membuktikan kehilangan pekerjaan atau pengurangan pendapatan.Alasan pemohon/pasangan mempunyai syarikat yang berdaftar dengan SSM, juga boleh membuat rayuan dengan membawa dokumen penyata pendapatan terkini.
Rayuan akan diberi pertimbangan sewajarnya bagi memastikan mereka yang menepati syarat BPN akan menerima bantuan tersebut. 



SOALAN LAZIM 

Berikut adalah soalan lazim yang boleh anda baca di Facebook LHDN 










Post a Comment

0 Comments