STR 2024 : Tarikh Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 dan Syarat Kelayakan, Semak Sekarang!

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 - Semasa pembentangan Belanjawan 2024 yang lalu, pihak kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan jumlah peruntukan keseluruhan ditingkatkan kepada RM10 billion berbanding sebanyak RM8 billion pada tahun 2023 yang lalu.

Dengan adanya peningkatan peruntukan yang disediakan ini, kadar maksimum untuk STR 2024 kali ini juga akan meningkat daripada RM3,100 kepada RM3,700. Kadar minimum STR bagi golongan bujang atau belia juga akan turut meningkat daripada RM350 kepada RM500.

Untuk Sumbangan Tunai Ramah (STR) 2024 kali ini, kesemua penerima akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang mana terdapat 2 kategori baharu yang diperkenalkan iaitu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data JKM dan eKasih.

KADAR BAYARAN STR 2024 (FASA 1)

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telahpun mengumumkan bahawa kadar minimum STR untuk golongan isi rumah dan belia akan dinaikkan. Jumlah bantuan STR yang baharu yang akan disalurkan adalah seperti yang berikut:


Kategori Isi Rumah

Pendapatan Isi Rumah RM2,500 ke bawah (tiada had umur)
  • 5 anak atau lebih : RM500
  • 3-4 anak : RM500
  • 1-2 anak : RM500
  • Tiada anak : RM500
Pendapatan Isi Rumah RM2,500 - RM5,000 (tiada had umur)
  • 5 anak atau lebih : RM300
  • 3-4 anak : RM250
  • 1-2 anak : RM150
  • Tiada anak : RM100
Pendapatan Bujang bawah RM2,5000 (berumur 21-59 tahun/OKU berumur 19-59 tahun):
  • RM150
Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan RM5,000 dan ke bawah (berumur 60 tahun ke atas):
  • RM150




PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS STR 2024

STR 2024 akan mengambil pendekatan yang berbeza yang mana pihak kerajaan akan membuka permohonan yang baharu seawal bulan November 2023.

Selain daripada itu, permohonan juga akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.


TARIKH BAYARAN STR 2024

Untuk pengetahuan anda, bayaran pertama bagi STR 2024 ini adalah bermula pada bulan FEBRUARI 2024 dan dijangka akan disalurkan sebelum menjelang bulan Ramadhan.
  • Fasa 1 : Februari 2024 (dijangka disalurkan sebelum menjelang Ramadhan
  • Fasa 2 : April 2024
  • Fasa 3 : Ogos 2024
  • Fasa 4 : November 2024


BAYARAN TAMBAHAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2024 (SARA)

Sumabangan Tunai Rahmah (STR) ini telah diperkasa dengan beberapa penambahbaikan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang mana akan memberikan banyak faedah kepada penerima.

Kategori dan kadar bayaran tambahan yang akan diterima bagi yang layak adalah seperti yang berikut:
  • Penerima Bujang & Warga Emas Tiada Pasangan STR dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM : RM150
  • Penerima Isi Rumah STR dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM : RM300
  • Penerima STR berstatus MISKIN dan MISKIN TEGAR di bawah eKasih atau JKM : RM1200 (RM100 sebulan)
SEMAKAN STATUS BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2024

Berikut adalah merupakan maklumat berkenaan tentang semakan status bayaran STR 2024:

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda terlupa kata laluan dan gagal untuk menjawab soalan keselamatan yang dikemukakan sebanyak 3 kali percubaan, ID MySTR anda akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas tempoh 24 jam. Sebarang bantuan yang lebih lanjut, anda boleh menghubungi:
  • LHDNM yang berhampiran atau
  • Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747

Post a Comment

0 Comments