Informasi
E-Wallet RM300 2024 : Langkah Mohon & Syarat Kelayakan Terkini, Semak Sekarang!
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhtX1BBE7bp3arsG3krgb6s5Tn1fyR-PBRkaQkWSGTEjXkduuMUJE0_2ws8s-66ZAHK_Wz6HLfDNEX1EfF9eS9HiQZMMaQnp2hNMex3qtRhQGfAEMd8BOIoYxctCUVRFDJ98bvod7jvKU-grjlaPcM-IDi2FqXXZTP45JUiu56syfNZbyo-X_9S0QySxio/w640-h536/bantuanbingkas3%20(1).png)
Bantuan e-Wallet ini adalah untuk membantu golongan keluarga yang memerlukan untuk membeli barangan keperluan asas.
Cara mudah untuk melakukan permohonan bantuan e-Wallet RM300 ini adalah seperti yang berikut:
E-WALLET RM300 2024
Antara kelebihan bantuan e-Wallet RM300 ini untuk rakyat adalah seperti yang berikut:
- Segala urusniaga akan dilaksanakan tanpa tunai (cash).
- E-Wallet boleh digunakan di semua kedai dan pasaraya yang telah berdaftar.
- Baki daripada nila bantuan bagi bulan terdahulu tidak dapat dibawa ke bulan hadapan.
- Had bulanan bagi pembelian barangan keperluan asas adalah sebanyak RM300.
- Bantuan e-Wallet (BINGKAS) akan ditambah nilai sehingga RM300 setiap bulan secara automatik.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgWYcFl2LpB3cI2CyBfA4EyOyeL4lhePRNlXvAWnuQSJ8KRfu2WHK99NhMd87eOcptavZQ17RG_jnt3dhFkDxMxFimM2Zo_x2Y-pmu8JdKuqHGW4LEcY_w-i8_FkXG_5vBWqPm-3giLXRguBCXXc8Z_pHu9WueRObbpIlEEMyNRvvFbxQoN4j9-fSr_hog/w640-h386/1bingkas.jpg)
SYARAT KELAYAKAN E-WALLET RM300 2024
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk mendapatkan bantuan:
- Merupakan seorang warganegara Malaysia.
- Merupakan seorang pemilih yang berdaftar di negeri Selangor.
- Mestilah keluarga yang mempunyai tanggungan yang berusia 18 tahun ke bawah.
- Jumlah pendapatan isi rumah hendaklah di bawah RM3,000 sebulan
- Pemohon mestilah lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi daripada tempoh 10 tahun
Anda boleh melakukan pendaftaran BINGKAS ini secara online melalui:
DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN
Berikut merupakan dokumen-dokumen sokongan yang perlu disediakan oleh pemohon dengan lengkap:
- Salinan Kad Pengenalan (Pemohon & Pasangan).
- Salinan Penyata EA atau KWSP (Bagi pekerja swasta).
- Salinan Sijil Kematian/Penceraian/Laporan Polis (Bagi ibu/bapa tunggal).
- Salinan Slip Gaji/Pencen Terkini (Untuk para penjawat awam/golongan pesara).
- Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN/Ahli Majlis/Penghulu/Ketua Kampung (bagi mereka yang bekerja sendiri/tidak bekerja).
- Salinan Kad Pengenalan, MyKid ataupun Surat Kelahiran/Sijil Anak Angkat/Kad OKU/Pengesahan Melanjutkan Pelajaran daripada IPTA atau IPTS (Anak/Tanggungan).
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut berkenaan BINGKAS ini, anda boleh melayari:
Baca Juga:
Post a Comment
0 Comments