Bayaran bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 Akan Disalurkan Sebelum Aidiladha, Semak Sekarang!

Kuala Lumpur: Seramai lebih daripada 8 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi Fasa 3 akan mendapat pembayaran sebelum Hari Raya Aidiladha menjelma.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau berkata bayaran tersebut melibatkan peruntukan melebihi RM2 Billion.

“Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 yang melebihi RM2 bilion dan bilangan penerima lapan juta itu akan disalurkan sebelum Hari Raya Haji, Insya-Allah.

“Dan juga e-Belia sebanyak RM200 melibatkan mereka yang berumur 18 hingga 21 tahun akan disalurkan sebelum sebelum minggu ketiga bulan ini,” katanya semasa sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat pada hari ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sedemikian ketika menjawab pertanyaan daripada Datuk Seri Noraini Ahmah (BN-Parit Sulong) yang bertanyakan mengenai pembahruan yang dibuat oleh pihak kerajaan dalam pendekatan serta tatakelolo peraturan atau undang-undang yang mana bertujuan untuk mengekang daripada berlakunya kebocoran dan ketirisan wang awam selain daripada kerajaan yang akan meneruskan perbelanjaan terhadap Belanjawan Negara.

JUMLAH BAYARAN STR FASA 3

Jumlah pembayaran bagi STR dalam Fasa3 ini adalah seperti yang berikut:






TARIKH BAGI PEMBAYARAN STR FASA 3

Sebelum menjelang Hari Raya Aidiladha, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 ini akan dikreditkan ke dalam akaun penerima. Hal ini merujuk kepada pengumuman daripada Perdana Menteri di Parlimen hari ini.

Jadual tarikh pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 mengikit hari bekerja bagi bulan Jun adalah seperti yang berikut:


Maklumat Tambahan:
  • Mulai Julai 2023, pembayaran bagi STR Fasa 3 akan dibayar secara berperingkat.
  • Bayaran bantuan ini akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun penerima yang layak sama seperti sebelum ini.
  • Bagi mereka yang tidak mempunyai sebarang akaun bank atau status mereka yang tidak aktif, pembayaran STR boleh dibuat melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran dengan kediaman mereka.
SEMAKAN STATUS STR FASA 3

Untuk melakukan semakan, anda boleh mengikuti langkah yang berikut:
  • Status pembayaran STR kini boleh disemak mulai 5 April 2023.
  • Anda boleh melayari laman portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Sila klik Log Masuk STR untuk semakan yang selanjutnya.

KATEGORI KELAYAKAN STR

Setakat ini, kategori yang layak untuk mendapat STR adalah isi rumah, warga emas tiada pasangan dan golongan bujang.

Penerima STR Fasa 1 ini adalah diambil daripada data BKM 2022. Oleh itu, jika anda bukan penerima sebelum ini dan ingin membuat permohonan yang baharu, dijangka bahawa permohonan yang baharu akan dibuka pada masa yang akan datang.


MAKLUMAT LANJUT

Jika anda terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali) yang diajukan, ID MySTR anda akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas tempoh 24 jam.

Untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan STR Fasa 3 ini, anda boleh menghubungi pihak LHDNM yang berhampiran dengan kediaman anda atau talian Hotline yang berikut:
  • BKK LHDNM 1-800-88-2747
atau boleh melayari Portal Rasmi yang berikut:
  • https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Post a Comment

0 Comments